Connect with us

Terkini

Siapa Muslim di belakang Palestin hadapi fasa kebebasan sepenuhnya?

Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menyeru semua pertubuhan, tokoh akademik, tokoh masyarakat, aktivis dakwah dan kemanusiaan, pempengaruh dan sesiapa sahaja yang sudi untuk turut serta melaksanakan aktiviti ke arah pembebasan Palestin bersama GSPP.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Siapa Muslim di belakang Palestin hadapi fasa kebebasan sepenuhnya?
Foto: Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.
  • Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menyeru semua pertubuhan, tokoh akademik, tokoh masyarakat, aktivis dakwah dan kemanusiaan, pempengaruh dan sesiapa sahaja yang sudi untuk turut serta melaksanakan aktiviti ke arah pembebasan Palestin bersama GSPP.
  • Pengarah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata ketika ini Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat sudah mengambil alih ‘war room’ daripada tangan Israel yang menyebabkan Palestin perlu mendepani mereka bukan lagi Israel.
  • “Kami di GSPP dengan ini menyeru kepada mana-mana pertubuhan, tokoh akademik, tokoh masyarakat, aktivis dakwah dan kemanusiaan, pempengaruh dan sesiapa sahaja yang sudi untuk turut serta di dalam usaha dan kempen serta melaksanakan aktiviti ke arah pembebasan Palestin untuk tampil dan bergabung dengan GSPP,” katanya menerusi hantaran di Telegram hari ini bertajuk ‘Perjuangan Palestin Adalah Perjuangan Pembebasan’.
  • “Mengeluarkannya ke fasa baru iaitu gerak kerja kebebasan sepenuhnya memerlukan kekuatan jiwa, kekuatan minda dan kekuatan strategi dan rangkaian kerjasama. Ianya berat dan membebankan serta mungkin berisiko,” katanya.

KUALA LUMPUR — Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menyeru semua pertubuhan, tokoh akademik, tokoh masyarakat, aktivis dakwah dan kemanusiaan, pempengaruh dan sesiapa sahaja yang sudi untuk turut serta melaksanakan aktiviti ke arah pembebasan Palestin bersama GSPP.

Pengarahnya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata ketika ini Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat sudah mengambil alih ‘war room’ daripada tangan Israel yang menyebabkan Palestin perlu mendepani mereka bukan lagi Israel.

Katanya, GSPP ditubuhkan untuk membawa perjuangan Palestin-Israel ke fasa baharu.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh umat Islam seluruhnya siapa di belakang Palestin untuk menghadapi fasa baru ini?

“Kami di GSPP dengan ini menyeru kepada mana-mana pertubuhan, tokoh akademik, tokoh masyarakat, aktivis dakwah dan kemanusiaan, pempengaruh dan sesiapa sahaja yang sudi untuk turut serta di dalam usaha dan kempen serta melaksanakan aktiviti ke arah pembebasan Palestin untuk tampil dan bergabung dengan GSPP.

“Ini adalah tanggungjawab semua. Palestin adalah amanah dari Umar al-Khattab ra dan Salahuddin al-Ayyubi kepada generasi ini,” katanya menerusi hantaran di Telegram hari ini bertajuk ‘Perjuangan Palestin Adalah Perjuangan Pembebasan’.

Muhammad Fauzi berkata untuk mengangkat Taufan al-Aqsa yang dilancarkan pada 7 Oktober lalu sebagai permulaan kepada fasa baru perjuangan Palestin adalah satu yang berat.

Beliau berkata akan ada pihak yang terus mencuba untuk kekal selesa menghadkan isu Palestin-Israel ini dalam lingkungan isu kemanusiaan sahaja.

“Mengeluarkannya ke fasa baru iaitu gerak kerja kebebasan sepenuhnya memerlukan kekuatan jiwa, kekuatan minda dan kekuatan strategi dan rangkaian kerjasama. Ianya berat dan membebankan serta mungkin berisiko.

“Ramai akan takut untuk berkawan baik dengan Hm4s mungkin. Ramai akan takut untuk menyatakan sokongan terhadap al-Q@ssm mungkin. Ramai juga yang akan cuba sebaiknya menjaga hati pihak yang menjadi sekutu kepada Israel mungkin. Tapi tanyalah diri sendiri …. Apa pilihan kita?” katanya.

Beliau berkata ramai pihak mencuba untuk mengikuti isu Palestin-Israel sejak bermulanya Taufan al-Aqsa dan ia satu perkembangan baik dari satu sudut, bagaimanapun kita perlu membaca dengan rapat untuk melihat dan menilai naratif yang dibawa semua kumpulan itu.

Katanya, terdapat beberapa perkara yang ketara berlaku dalam masa dua minggu ini iaitu ada negeri yang tidak menyiarkan khutbah Jumaat yang betul-betul menggerakkan umat untuk terlibat dalam pembebasan Palestin. 

Bahkan sebahagiannya tidak langsung menjadikan Palestin sebagai tema khutbah kecuali di dalam doa di khutbah kedua sahaja, kata Muhammad Fauzi.

“Kerajaan melalui Perdana Menteri dan beberapa wakil yang lainnya masih melaungkan penyelesaian isu Palestin-Israel kepada formula Two State Solution secara tersurat atau tersirat.

“Yang terbaru adalah larangan mengangkat gambar Netanyahu, larangan takbir Allahu Akbar dan larangan menaikkan bendera Hamas dalam satu demonstrasi yang kononnya untuk Palestin.

“Semua ini adalah suatu yang kita sudah jangkakan dari awal. Mengangkat Taufan al-Aqsa sebagai permulaan kepada fasa baru perjuangan Palestin adalah satu yang berat,” katanya. 

GSPP disertai hampir 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 14 Oktober lalu bagi menggarap semua kekuatan umat Islam untuk disatukan dalam langkah yang lebih strategik ke arah membebaskan Palestin daripada penjajahan rejim Israel.

Gabungan itu akan menjalankan kempen selama dua bulan, selain menjalankan usaha melobi dan menggesa pihak kerajaan serta badan-badan antarabangsa supaya mengatur langkah ke arah membebaskan Palestin.—- The Merdeka Times

Sumber : Telegram Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *