Connect with us

Terkini

PM, Mat Sabu digesa campur tangan henti operasi musnahkan tanaman di Tambun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu digesa campur tangan untuk menghentikan operasi memusnahkan tanaman jagung dan sayur-sayuran petani di Kanthan, Tambun, Perak. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

PM, Mat Sabu digesa campur tangan henti operasi musnahkan tanaman di Tambun
Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu digesa campur tangan untuk menghentikan operasi memusnahkan tanaman jagung dan sayur-sayuran petani di Kanthan, Tambun, Perak.
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata isu petani tidak bertanah itu tidak sepatutnya berlaku di Tambun iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri.
  • “Petani-petani itu menghasilkan 60 tan sayur-sayuran sehari untuk rakyat. Mereka menanam jagung, bayam, sawit, belimbing dan daun bawang di kawasan seluas 25 ekar.
  • “Usaha produktif petani-petani tersebut sepatutnya disokong oleh kerajaan, sama ada kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri.
  • “Sebaliknya petani-petani itu diusir secara paksa, dikasari oleh pihak yang berkuasa dan ditahan pada hari tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu digesa campur tangan untuk menghentikan operasi memusnahkan tanaman jagung dan sayur-sayuran petani di Kanthan, Tambun, Perak. 

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata isu petani tidak bertanah itu tidak sepatutnya berlaku di Tambun iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri.

Hassan yang juga Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) berkaitan keterjaminan makanan menyeru kepada Kerajaan Madani supaya memberikan tanah kepada petani yang tidak bertanah di seluruh negara untuk menghasilkan tanaman makanan.

“Petani-petani itu menghasilkan 60 tan sayur-sayuran sehari untuk rakyat. Mereka menanam jagung, bayam, sawit, belimbing dan daun bawang di kawasan seluas 25 ekar. 

“Usaha produktif petani-petani tersebut sepatutnya disokong oleh kerajaan, sama ada kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri. 

“Sebaliknya petani-petani itu diusir secara paksa, dikasari oleh pihak yang berkuasa dan ditahan pada hari tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Hassan berkata keadaan ini berlaku ketika Malaysia sendiri menghadapi masalah kos makanan di mana terpaksa mengimport makanan untuk rakyat dan ternakan lebih RM50 bilion setahun.

Pada September lalu, petani-petani itu pernah ke Parlimen untuk berjumpa Perdana Menteri dengan membawa sebuah memorandum supaya membantu mereka agar tidak diusir dari tanah pertanian yang mereka usahakan.

“Mereka tidak minta hak milik tanah. Mereka tidak minta geran tanah. Mereka hanya minta pajakan tanah untuk mereka mengerjakan tanah itu secara sah dari segi undang-undang.  

“Mereka bukan setinggan di atas tanah itu. Mereka adalah peneroka tanah-tanah tersebut.

“Malangnya mereka tidak dapat berjumpa Perdana Menteri. Mereka diusir di jalan masuk ke Parlimen dengan tindakan kurang manis oleh Pihak Keselamatan,” katanya. 

Hassan berkata Perdana Menteri kini amat sibuk dengan urusan pentadbiran negara dan urusan antarabangsa berkaitan serangan zionis Israel ke atas Gaza di Palestin, mungkin tidak menyedari kezaliman juga sedang berlaku ke atas rakyat kecil di kawasan Parlimen Perdana Menteri sendiri tanpa disedarinya. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Hassan Abdul Karim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *