Terkini
Minggu Solidariti Palestin dapat sambutan ibu bapa pelajar
Minggu Solidariti Palestin yang diadakan membabitkan 148 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dianjurkan dengan tertib dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

- Minggu Solidariti Palestin membabitkan 148 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dianjurkan dengan tertib dan ikut garis panduan ditetapkan.
- Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (KPIBK) Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berkata, program diadakan sejak Ahad lalu mendapat sambutan baik daripada golongan ibu bapa.
- Pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau bantahan daripada pihak atau golongan ibu bapa pelajar tentang program anjuran KPM itu.
- “Ibu bapa pelajar bukan sahaja menyambut baik Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan hingga Jumaat ini, malah memberi komitmen cukup baik bagi memastikan kelancaran majlis. Malah, ada ibu bapa yang turut memberi sumbangan bagi tabung kemanusiaan yang turut disediakan pihak sekolah,” katanya.
JOHOR BAHRU: Minggu Solidariti Palestin yang diadakan membabitkan 148 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dianjurkan dengan tertib dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (KPIBK) Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar berkata, program yang diadakan sejak Ahad lalu mendapat sambutan baik daripada golongan ibu bapa.
Pihaknya tidak menerima sebarang aduan atau bantahan daripada pihak atau golongan ibu bapa pelajar tentang program anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) itu.
“Ibu bapa pelajar bukan sahaja menyambut baik Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan hingga Jumaat ini, malah memberi komitmen cukup baik bagi memastikan kelancaran majlis. Malah, ada ibu bapa yang turut memberi sumbangan bagi tabung kemanusiaan yang turut disediakan pihak sekolah,” katanya.
Yahya berkata, penganjuran Minggu Solidariti Palestin itu amat bermakna dalam menerapkan nilai kemanusiaan sejagat, perpaduan, keharmonian dan insaniah dalam kalangan pelajar.
“Kami menyokong sepenuhnya Minggu Solidariti Palestin, cuma unsur budaya perang seperti mengangkat replika senjata, itu tidak boleh diterima seperti yang ditetapkan KPM.
Sebelum ini, DAP dilaporkan menggesa KPM mengambil tindakan tatatertib terhadap penganjur yang mempamerkan unsur kekerasan dan bersenjata di sekolah yang dikatakan terbabit dalam Minggu Solidariti Palestin.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, DAP menentang sebarang bentuk keganasan khususnya di peringkat sekolah membabitkan pelajar.
Baru-baru ini, KPM dilaporkan akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Oktober hingga 3 November bertujuan mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan dalam kalangan pelajar.
Selain sekolah, arahan itu juga membabitkan kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS