Connect with us

Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB bincang resolusi perang Israel-Palestin

Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan semalam, bagi membentuk resolusi berhubung krisis perang antara rejim Israel dan pejuang Palestin, Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Keselamatan PBB bincang resolusi perang Israel-Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan semalam, bagi membentuk resolusi berhubung krisis perang antara rejim Israel dan pejuang Palestin, Hamas.
  • Menurut diplomat, melalui rundingan yang disifatkan sukar itu, sekurang-kurangnya dua draf resolusi berada di meja rundingan untuk tindakan susulan.
  • Katanya, draf resolusi diterima daripada pihak Russia dan Brazil.
  • “Rundingan berjalan dengan sukar kerana konflik Israel-Palestin sukar mencapai persetujuan bersama dalam kalangan ahli majlis,” katanya.

NEW YORK: Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan semalam, bagi membentuk resolusi berhubung krisis perang antara rejim Israel dan pejuang Palestin, Hamas.

Menurut diplomat, melalui rundingan yang disifatkan sukar itu, sekurang-kurangnya dua draf resolusi berada di meja rundingan untuk tindakan susulan.

Katanya, draf resolusi diterima daripada pihak Russia dan Brazil.

“Rundingan berjalan dengan sukar kerana konflik Israel-Palestin sukar mencapai persetujuan bersama dalam kalangan ahli majlis,” katanya.

Jumaat lalu, Russia mengedarkan draf yang meminta gencatan senjata kemanusiaan bersifat segera, berterusan dan dihormati sepenuhnya dicapai dalam perang yang dicetuskan Hamas pada 7 Oktober lalu dari Gaza ke atas selatan Israel.

Draf itu mahukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke Semenanjung Gaza dibuat, yang kini berada di bawah sekatan rejim Israel selama bertahun-tahun.

Kini, rejim Israel juga menyekat akses bekalan elektrik dan makanan ke wilayah itu.

Advertisement

AFP melihat draf Russia, yang mengandungi kutukan terhadap semua keganasan dan permusuhan yang disasarkan terhadap orang awam, tanpa menyebut Hamas. 

Namun Amerika Syarikat (AS) menegaskan bahawa majlis itu melihat serangan Hamas sebagai suatu tindakan keganasan. 

Pada masa sama, menurut diplomat itu, draf saingan dari Brazil secara jelas melakukannya.

Sementara itu, Duta Besar Russia untuk PBB, Vassily Nebenzia, berkata beberapa ahli majlis menyatakan pandangan positif terhadap draf Moscow dalam mesyuarat tertutup pada Jumaat.

Beliau berkata, Russia juga meminta pengerusi semasa majlis itu, Brazil, untuk meneruskannya melalui sesi undian, esok selepas wujudnya cadangan membabitkan sedikit perubahan kepada teks.

Namun, tiada sesi undian dijadual diadakan. Bagi memastikan resolusi diterima pakai, ia memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi dari 15 anggota, dan tidak boleh diterima secara veto oleh mana-mana lima anggota tetap iaitu AS, Britain, China, Perancis dan Russia.

Advertisement

Secara teorinya, teks yang ditaja Brazil, atau daripada mana-mana ahli majlis lain, boleh melalui proses undian jika dokumen Russia tidak diluluskan.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri Israel mendakwa lebih 1,400 orang terbunuh di Israel sejak serangan dilancarkan minggu lalu oleh Hamas.

Sementara Kementerian Kesihatan Palestin pula menyatakan jumlah korban di Gaza akibat serangan balas Israel meningkat kepada 2,450. 

Sumber: Berita Harian

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending