Connect with us

Antarabangsa

Islamofobia: Perancis halang wartawan buat liputan himpunan sokong Palestin

Polis Perancis mendenda sekumpulan wartawan yang membuat liputan semasa demonstrasi pro-Palestin di Paris petang kelmarin, lapor agensi berita Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Islamofobia: Perancis halang wartawan buat liputan himpunan sokong Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Perancis mendenda sekumpulan wartawan yang membuat liputan semasa demonstrasi pro-Palestin di Paris petang kelmarin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Kejadian itu berlaku di Dataran Republik, di mana berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul sebagai solidariti terhadap Palestin, sehari selepas serangan udara Israel membunuh lebih 470 orang di hospital Gaza.
  • Seorang wartawan yang didenda €135 (RM677) berkata, dia tetap dikenakan denda walaupun menunjukkan kad perakuan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan Perancis.
  • “Saya menunjukkan kad media saya tetapi pegawai itu memberitahu bahawa dia tidak peduli. Dia menuduh saya menyertai demonstrasi yang dilarang,” kata wartawan itu yang memilih untuk tidak mendedahkan identitinya.

PARIS – Polis Perancis mendenda sekumpulan wartawan yang membuat liputan semasa demonstrasi pro-Palestin di Paris petang kelmarin, lapor agensi berita Anadolu.

Kejadian itu berlaku di Dataran Republik, di mana berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul sebagai solidariti terhadap Palestin, sehari selepas serangan udara Israel membunuh lebih 470 orang di hospital Gaza.

Seorang wartawan yang didenda €135 (RM677) berkata, dia tetap dikenakan denda walaupun menunjukkan kad perakuan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan Perancis.

“Saya menunjukkan kad media saya tetapi pegawai itu memberitahu bahawa dia tidak peduli. Dia menuduh saya menyertai demonstrasi yang dilarang,” kata wartawan itu yang memilih untuk tidak mendedahkan identitinya.

Tambahnya, walaupun menjelaskan bahawa dia berada di situ untuk membuat liputan dan tidak menyertainya (protes), pegawai tetap mengambil maklumat kad pengenalannya.

“Dia berkata bahawa saya perlu membayar denda sebanyak €135. Dia juga meminta saya agar tidak menyertai demonstrasi,” katanya.

Berdasarkan arahan Kementerian Dalam Negeri, demonstrasi menyokong Palestin telah diharamkan di Perancis sejak 12 Oktober lalu.

Advertisement

Pada Selasa, Majlis Negara menyatakan bahawa terpulang kepada wakil kerajaan tempatan untuk menilai sama ada sesebuah perhimpunan itu mengganggu ketenteraman awam atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin sekali lagi mengeluarkan arahan yang melarang semua perhimpunan pro-Palestin di negara itu.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending