Terkini
Anak muda terjebak dadah ‘mushroom’ membimbangkan – Polis
Penggunaan dadah sintetik jenis mushroom atau cendawan dalam kalangan anak muda kini menjadi trend.
- Penggunaan dadah sintetik jenis mushroom atau cendawan dalam kalangan anak muda kini menjadi trend.
- Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata trend terbaharu yang dikenal pasti pihak polis itu digunakan dalam vape dan rokok.
- “Kami sangat bimbang dengan trend ini lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.” kata Soffian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.
George Town – Penggunaan dadah sintetik jenis mushroom atau cendawan dalam kalangan anak muda kini menjadi trend.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata trend terbaharu yang dikenal pasti pihak polis itu digunakan dalam vape dan rokok.
“Menerusi operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), pihak kami telah menahan beberapa individu yang menggunakan dadah jenis itu.
“Kami sangat bimbang dengan trend ini lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.
“Orang awam diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam membendung gejala tidak sihat ini,” kata Soffian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.
Sumber: Berita RTM