Connect with us

Terkini

Masyarakat Islam perlu cakna makanan, minuman dibolehkan syarak

Masyarakat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makanan dan minuman serta perlu cakna tentang apa yang boleh dimakan dan diminum berdasarkan hukum yang ditetapkan oleh syarak.

Wartawan TMT

Published

on

Masyarakat Islam perlu cakna makanan, minuman dibolehkan syarak
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.
  • Masyarakat Islam dinasihatkan berhati-hati dalam hal ehwal makanan dan minuman serta perlu cakna tentang apa boleh dimakan dan diminum berdasarkan hukum ditetapkan syarak.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, setiap individu Muslim tidak wajar menjamah makanan atau minuman di mana-mana restoran atau premis yang tidak mempunyai sijil halal dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di negara ini terutamanya JAKIM.
  • “Allah SWT melarang seorang Muslim meminum segala minuman memabukkan. Hukumnya sama dengan arak diharamkan menerusi nas-nas Quran dan hadis,” katanya.
  • Beliau mengulas mengenai video dimuat naik pengguna di TikTok menunjukkan tindakan seorang peniaga menggunakan bahan dikhuatiri tidak halal di dalam masakannya menimbulkan kebimbangan pengguna muslim.
  • “Saya cadangkan mana-mana premis yang menyajikan arak dan apa jua bahan yang memabukkan hendaklah memaparkan notis menyatakan bahawa orang Islam tidak dibenarkan memasuki premis tersebut,” katanya.

GEORGE TOWN – Masyarakat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makanan dan minuman serta perlu cakna tentang apa yang boleh dimakan dan diminum berdasarkan hukum yang ditetapkan oleh syarak.

Sehubungan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, setiap individu Muslim tidak wajar menjamah makanan atau minuman di mana-mana restoran atau premis yang tidak mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama di negara ini terutamanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Allah SWT melarang seorang Muslim meminum segala minuman yang memabukkan. Hukumnya sama dengan arak yang diharamkan menerusi nas-nas Quran dan hadis.

“Pihak berwajib hendaklah memberi penerangan tentang hukum haram ini meliputi setiap bahan yang memabukkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai video dimuat naik pengguna di TikTok menunjukkan tindakan seorang peniaga menggunakan bahan dikhuatiri tidak halal di dalam masakannya menimbulkan kebimbangan pengguna muslim.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, mana-mana orang Islam yang memakan atau meminum bahan yang memabukkan akan dikenakan hukuman mengikut peruntukan sedia ada di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri.

“Saya cadangkan mana-mana premis yang menyajikan arak dan apa jua bahan yang memabukkan hendaklah memaparkan notis yang menyatakan bahawa orang Islam tidak dibenarkan memasuki premis tersebut.

Advertisement

“Perlu diketahui bahawa jenis tuak yang haram tidak termasuk tuak yang menjadi minuman tradisional dalam kalangan masyarakat Islam di Kelantan dan Terengganu.

“Minuman berkenaan dipanggil ‘nira’ di negeri-negeri Barat Semenanjung Malaysia. Manakala tuak yang sering diminum oleh masyarakat Dayak di Sarawak adalah haram diminum oleh penganut agama Islam,” tambahnya.

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending