Connect with us

Antarabangsa

Hasutan di media sosial, lelaki Muslim terbunuh dalam serangan pelampau Hindu di masjid

Seorang lelaki Muslim yang terbunuh dalam keganasan anti-Islam di kampung Puseswali di daerah Satara, Maharashtra, India, pada 10 September lalu merupakan anak tunggal dan pencari nafkah keluarga. 

Wartawan TMT

Published

on

Hasutan di media sosial, lelaki Muslim terbunuh dalam serangan pelampau Hindu di masjid
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki Muslim yang terbunuh dalam keganasan anti-Islam di kampung Puseswali di daerah Satara, Maharashtra, India, pada 10 September lalu merupakan anak tunggal dan pencari nafkah keluarga. 
  • Mangsa keganasan anti-Islam itu, Nurul Hasan Liyaqat Shikalgar turut meninggalkan isterinya yang sedang hamil tujuh bulan.
  • Serangan ganas itu tercetus disebabkan posting di media sosial yang mengundang kebencian dan menyebabkan sekumpulan pelampau Hindu menyerang masjid tempat Nurul menunaikan solat. 
  • “Nurul cedera parah dan tiada degupan jantung. Dia dikejarkan ke Hospital Kebajikan Krishna di Satara, di mana beliau disahkan meninggal dunia,” kata bapa saudara mangsa, Shiraj Shikalgar kepada Maktoob Media.
  • Nurul antara 15 mangsa serangan kumpulan pelampau itu yang ingin membakar masjid tersebut.

Seorang lelaki Muslim yang terbunuh dalam keganasan anti-Islam di kampung Puseswali di daerah Satara, Maharashtra, India, pada 10 September lalu merupakan anak tunggal dan pencari nafkah keluarga. 

Mangsa keganasan anti-Islam itu, Nurul Hasan Liyaqat Shikalgar turut meninggalkan isterinya yang sedang hamil tujuh bulan.

Serangan ganas itu tercetus disebabkan posting di media sosial yang mengundang kebencian dan menyebabkan sekumpulan pelampau Hindu menyerang masjid tempat Nurul menunaikan solat. 

Beliau antara 15 mangsa serangan kumpulan pelampau itu yang ingin membakar masjid tersebut.

“Nurul cedera parah dan tiada degupan jantung. Dia dikejarkan ke Hospital Kebajikan Krishna di Satara, di mana beliau disahkan meninggal dunia,” kata bapa saudara mangsa, Shiraj Shikalgar kepada Maktoob Media.

Bapa Nurul yang berusia 75 tahun, mengajar Bahasa Arab di Madrasah tempatan, masih tidak dapat menerima kematian anaknya, manakala ibunya yang juga pesara jururawat masih tidak bercakap sejak kematian anaknya itu.

Sementara laporan bedah siasat masih belum selesai, pakar perubatan memaklumkan kepada keluarga Nurul, punca kematiannya disebabkan serangan berterusan di kepala dengan objek berat. 

Advertisement

Selepas banyak protes dan desakan dari penduduk desa, polis memfailkan laporan maklumat pertama (FIR) ke atas Vikram Pawaskar dan 27 individu lain berkaitan dengan organisasi Sambhaji Bhide, sebuah organisasi politik tempatan.

Vikram Pawaskar juga merupakan Naib Presiden Parti Bharatiya Janata (BJP) negeri Maharashtra, parti nasionalis berhaluan kanan India.

Sumber: Hindutva Watch

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending