Connect with us

Ekonomi

Wujudnya pemimpin lemah, tidak terlatih punca negara gagal – Menteri Ekonomi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengakui punca pertama kelemahan ekonomi negara ini datangnya daripada ahli politik dan pemimpin sendiri.

Wartawan TMT

Published

on

Wujudnya pemimpin lemah, tidak terlatih punca negara gagal – Menteri Ekonomi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada sesi Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia.
  • Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengakui punca pertama kelemahan ekonomi negara ini datangnya daripada ahli politik dan pemimpin sendiri.
  • Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, kelemahan ekonomi di negara ini sudah menjadi suatu masalah struktur yang sebati, disebabkan tatakelola yang lemah dan terhakisnya amanah dalam kalangan pemimpin yang mentadbir ekonomi.
  • “Rakyat terpaksa hidup dalam pentadbiran demi pentadbiran yang hilang punca dan fokus, akhirnya selepas 20 tahun ia menjadi masalah struktur yang sebaik.
  • “Ekonomi kita tidak boleh diselesaikan dengan kaedah lama kerana ia seolah-olah kekotoran yang tidak dibersihkan itu menjadi karat…masalah struktur ini memerlukan kaedah yang radikal dan penyelesaian luar kotak, bukan lagi pendekatan serupa sebelum ini.
  • “Justeru pada peluang ini, kita wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana pemimpin yang lemah baik kami dan yang pernah berada dalam pentadbiran tidak fokus dan terlatih menguruskan ekonomi,” katanya pada sesi Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia bersama Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang disiarkan secara langsung, di sini.

Kuala Lumpur: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengakui punca pertama kelemahan ekonomi negara ini datangnya daripada ahli politik dan pemimpin sendiri.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, kelemahan ekonomi di negara ini sudah menjadi suatu masalah struktur yang sebati, disebabkan tatakelola yang lemah dan terhakisnya amanah dalam kalangan pemimpin yang mentadbir ekonomi.

Atas dasar itu, katanya permohonan maaf perlu dibuat kepada rakyat susulan berikutan wujudnya pemimpin lemah, tidak fokus dan tidak terlatih yang pernah berada dalam pentadbiran menyebabkan negara gagal berkemampuan mengatasi masalah struktur itu lebih awal.

“Rakyat terpaksa hidup dalam pentadbiran demi pentadbiran yang hilang punca dan fokus, akhirnya selepas 20 tahun ia menjadi masalah struktur yang sebaik.

“Ekonomi kita tidak boleh diselesaikan dengan kaedah lama kerana ia seolah-olah kekotoran yang tidak dibersihkan itu menjadi karat…masalah struktur ini memerlukan kaedah yang radikal dan penyelesaian luar kotak, bukan lagi pendekatan serupa sebelum ini.

“Justeru pada peluang ini, kita wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana pemimpin yang lemah baik kami dan yang pernah berada dalam pentadbiran tidak fokus dan terlatih menguruskan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Debat Model Baharu Ekonomi Malaysia bersama Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang disiarkan secara langsung, di sini.

Advertisement

Pada masa sama, Rafizi berkata, masalah ekonomi negara disifatkan jauh lebih rumit berikutan ia sudah berakar umbi dan tidak boleh diselesaikan dengan satu pengumuman dasar sahaja.

Sebaliknya, beliau berkata, ia perlu diharmonikan melalui satu kerangka ekonomi yang jelas termasuk melalui usaha kerajaan melancarkan Ekonomi Madani dan Dasar Gaji Progresif.

Rafizi turut menjelaskan tiga masalah struktur iaitu membabitkan kelalaian menaik taraf industri lain disebabkan selesa dengan limpahan ekonomi dari industri minyak dan perladangan.

“Masalah struktur pertama membawa kepada masalah struktur kedua iaitu gaji yang dibayar kepada rakyat terlalu rendah dan tidak seiring dengan kenaikan harga barang sejak 20 tahun lalu.

“Struktur ketiga ialah kedudukan kewangan kerajaan yang lemah, merangsang ekonomi dengan berhutang kemudiannya meninggalkan kesan kepada generasi muda,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Ekonomi

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar digesa beri tumpuan pulihkan ekonomi yang berdepan pertumbuhan sederhana
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Datuk Marzuki Mohamad (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.
  • Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
  • “Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.
  • Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa memberi tumpuan penuh kepada usaha untuk memulih dan merancakkan ekonomi negara.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berkembang sederhana kepada 2.9 peratus pada suku kedua 2023, menunjukkan indikasi bahawa ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.

Marzuki mendakwa, apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah menunjukkan ekonomi negara gagal diurus dengan cekap oleh kepimpinan kerajaan hari ini.

“Kerajaan perlu menyediakan satu peta arah tuju yang jelas bagaimana negara kita dapat keluar daripada kelembapan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat,” katanya di sini pada Selasa.

Jumaat lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang secara sederhana pada 2.9 peratus tahun ke tahun dalam suku kedua, berbanding 5.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2023.

Gabenor BNM, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata perkembangan sederhana pada suku kedua 2023 didorong oleh permintaan luaran yang lebih perlahan.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) perlu lebih kerap mengadakan pertemuan pada setiap minggu, kerana ia disifatkan sebagai platform penting dalam membuat keputusan-keputusan utama mengenai hal ekonomi negara.

Advertisement

Marzuki berkata, menerusi langkah ini, sebarang permasalahan yang membantut pertumbuhan ekonomi dapat diatasi dengan segera, manakala kerajaan dengan sokongan pihak industri bertindak sebagai pemudah cara kepada pemulihan ekonomi.

“Semasa pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), MTEN yang dipengerusikan Perdana Menteri dan keanggotaanya termasuk menteri-menteri berkaitan ekonomi, Gabenor Bank Negara dan wakil-wakil industri bermesyuarat setiap minggu.

“Di sinilah indikator-indikator utama ekonomi dipantau dan keputusan-keputusan penting mengenai hala tuju ekonomi negara dibuat dan diambil tindakan segera oleh kerajaan,” tambah Marzuki.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending