Terkini
‘Usaha promosi LGBT di Malaysia tidak diterima’, tegas Menteri Agama
Mana-mana usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam dan fitrah insan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah tidak boleh diterima sama sekali di Malaysia.
- Mana-mana usaha mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah ajaran Islam dan fitrah insan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah tidak boleh diterima sama sekali di Malaysia.
- Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebagai memberi reaksi kepada isu perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara oleh kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi.
- “Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” kata Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
- Isnin lalu, polis mengesahkan bahawa lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli belah SOGO pada Sabtu bagi menyokong hak golongan LGBT sudah ditahan.
PUTRAJAYA – Mana-mana usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam dan fitrah insan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah tidak boleh diterima sama sekali di Malaysia.
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sebagai memberi reaksi kepada isu perhimpunan di hadapan Kompleks Sogo di ibu negara oleh kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi.
Susulan itu, katanya, usaha menyekat penyebaran fahaman songsang tersebut perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bersepadu.
“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
“Selaku pihak berkuasa agama Islam di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan seluruh umat Islam agar terus berpegang teguh kepada ajaran Islam serta menjauhkan diri dari terlibat dengan apa jua ajaran dan fahaman bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.
“Kami juga merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah mengambil tindakan menyiasat kes tersebut,” katanya.
Isnin lalu, polis mengesahkan bahawa lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli belah SOGO pada Sabtu bagi menyokong hak golongan LGBT sudah ditahan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, semua individu berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan pada hari kejadian.
Sumber : Kosmo