Antarabangsa
Tayang ilustrasi transgender di van kafe, Costa Coffee diancam boikot
Pengguna media sosial anti-LGBTQ mengancam untuk memboikot rangkaian kedai kopi kedua terbesar dunia, Costa Coffee selepas gambar van kafe syarikat itu yang tertera ilustrasi transgender, mula tersebar atas talian sejak Isnin.

- Pengguna media sosial anti-LGBTQ mengancam untuk memboikot rangkaian kedai kopi kedua terbesar dunia, Costa Coffee selepas gambar van kafe syarikat itu yang tertera ilustrasi transgender, mula tersebar atas talian sejak Isnin.
- Hashtag #BoycottCostaCoffee mendapat perhatian selepas pengkritik lantang mengecam ilustrasi itu yang menunjukkan transgender berparut akibat pembedahan mastektomi.
- “Bolehkah anda jelaskan mengapa anda mengagungkan pembedahan mastektomi untuk wanita sihat dengan kondisi sakit mental?” – Pengasas kumpulan anti-trans Thoughtful Therapists, James Esses.
- “Saya harap kamu (Costa Coffee) akan diboikot hingga tutup” – Pengasas Reclaim Party, Laurence Fox.
- Syarikat itu kemudiannya mengesahkan dalam satu kenyataan kepada GB News Britain bahawa ilustrasi itu, yang direka Ashton Attzs, adalah mural yang terdapat pada van kafe Costa Expressnya.
Pengguna media sosial anti-LGBTQ mengancam untuk memboikot rangkaian kedai kopi kedua terbesar dunia, Costa Coffee selepas gambar van kafe syarikat itu yang tertera ilustrasi transgender, mula tersebar atas talian sejak Isnin.
Hashtag #BoycottCostaCoffee mendapat perhatian selepas pengkritik lantang mengecam ilustrasi itu yang menunjukkan transgender berparut akibat pembedahan mastektomi.
Pengasas kumpulan anti-trans Thoughtful Therapists, James Esses memberitahu NBC News bahawa dia mengetahui tentang ilustrasi van kafe itu apabila salah seorang pengikutnya menghantar fotonya melalui platform X (Twitter).
Esses kemudian menyiarkan foto itu di akaunnya dan menulis kepada Costa Coffee, “Bolehkah anda jelaskan mengapa anda mengagungkan pembedahan mastektomi untuk wanita sihat dengan kondisi sakit mental?”.

Foto 1: Tangkap layar akaun platform X (Twitter) @JamesEsses
Dalam masa sama, Pengasas Reclaim Party, Laurence Fox, turut mengecam dan menuduh syarikat rangkaian kedai kopi ternama itu mempromosikan pembedahan berisiko dalam kalangan gadis yang sihat.
“Saya harap kamu (Costa Coffee) akan diboikot hingga tutup,” tulis Fox dalam ciapannya dipetik NBC News.

Foto 2: Tangkap layar akaun platfrom X (Twitter) @LaurenceFox
Menurut platform data Statista, Costa Coffee, yang juga anak syarikat Coca-Cola, adalah rangkaian kopi terbesar di United Kingdom dan rangkaian kopi kedua terbesar di dunia selepas Starbucks.
Syarikat itu kemudiannya mengesahkan dalam satu kenyataan kepada GB News Britain bahawa ilustrasi itu, yang direka Ashton Attzs, adalah mural yang terdapat pada van kafe Costa Expressnya.
Sumber: NBC News
