Connect with us

Ekonomi

Syahir setuju debat dengan Rafizi

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman hari ini mengubah keputusan apabila bersetuju untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Syahir setuju debat dengan Rafizi
Foto : Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman (kiri), Menteri Ekonomi merangkap Presiden PKR, Rafizi Ramli (kanan) dan tangkap layar kenyataan Facebook milik Syahir Sulaiman.
  • Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman hari ini mengubah keputusan apabila bersetuju berdebat dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
  • Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan semula selain mendapat keizinan pucuk pimpinan.
  • “Selepas mempertimbangkan semula jemputan Menteri Ekonomi dan mendapat keizinan pucuk pimpinan, maka saya dengan ini menyatakan persetujuan tanpa sebarang syarat.
  • “Pemilihan tajuk saya cadangkan, ‘Malaysia Lebih Baik’, terima kasih,” katanya yang memuatnaik kandungan emel yang dihantar kepada Rafizi di Facebook.

Kota Bharu: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman hari ini mengubah keputusan apabila bersetuju untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan semula selain mendapat keizinan pucuk pimpinan.

“Selepas mempertimbangkan semula jemputan Menteri Ekonomi dan mendapat keizinan pucuk pimpinan, maka saya dengan ini menyatakan persetujuan tanpa sebarang syarat.

Syahir setuju debat dengan Rafizi

Foto: Tangkap layar email jawapan dari Syahir Sulaiman kepada Rafizi Ramli berkenaan undangan debat.

“Justeru pemilihan tarikh, moderator, format, dan media, saya serahkan kepada pihak Rafizi untuk tetapkan.

“Pemilihan tajuk saya cadangkan, ‘Malaysia Lebih Baik’, terima kasih,” katanya yang memuatnaik kandungan emel yang dihantar kepada Rafizi di Facebook.

Semalam, Mohd Syahir menolak pelawaan untuk berdebat dan mengambil keputusan mengikut jejak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *