Terkini
PRN: Peratusan keluar undi rendah bukan refleksi demokrasi
Jumlah peratusan rendah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan refleksi (gambaran) sebenar bagi sesebuah negara demokrasi.
- Jumlah peratusan rendah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan refleksi (gambaran) sebenar bagi sesebuah negara demokrasi.
- Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jumlah peratusan keluar mengundi ini juga menggambarkan sama ada wakil rakyat yang diberi mandat kelak merupakan seorang yang ‘tulen’ (betul-betul seorang yang diperlukan rakyat).
- “Saya mendoakan peratusan ini bertambah (sehingga pusat mengundi ditutup petang ini),” katanya kepada Harian Metro selepas membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu di Kepala Batas, Pulang PInang hari ini.
KUALA LUMPUR – Jumlah peratusan rendah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan refleksi (gambaran) sebenar bagi sesebuah negara demokrasi.
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata jumlah peratusan keluar mengundi ini juga menggambarkan sama ada wakil rakyat yang diberi mandat kelak merupakan seorang yang ‘tulen’ (betul-betul seorang yang diperlukan rakyat).
“Saya mendoakan peratusan ini bertambah (sehingga pusat mengundi ditutup petang ini),” katanya kepada Harian Metro selepas membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Yu di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini.
Pada PRN ini, Reezal Merican membuat percubaan untuk kembali ke arena politik dengan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam bagi memberi saingan terhadap penyandang kerusi terbabit Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.
SPR memaklumkan setakat jam 1 petang hanya 46 peratus sahaja penduduk Pulau Pinang yang sudah keluar mengundi dan berharap peratusan akan terus meningkat sehingga pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang. – The Merdeka Times