Terkini
Pengurusan haji Malaysia terus terima pengiktirafan antara terbaik
Pengurusan haji Malaysia tahun ini diiktiraf sekali lagi oleh kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan menjadi model pengurusan haji contoh bagi negara-negara Islam dan juga masyarakat antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

- Pengurusan haji Malaysia tahun ini diiktiraf sekali lagi oleh kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan menjadi model pengurusan haji contoh bagi negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
- “Beberapa rombongan haji negara lain seperti Thailand, Indonesia, Libya dan Turki telah menjemput TH (Lembaga Tabung Haji) untuk mengadakan perbincangan bagi mempelajari daripada pengalaman kita menguruskan operasi haji,” katanya.
- Bercakap kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan akhir jemaah dan petugas haji Malaysia seramai 270 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam, beliau berkata pengurusan haji tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai tiga matlamat utama yang ditetapkan.
SEPANG – Pengurusan haji Malaysia tahun ini diiktiraf sekali lagi oleh kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan menjadi model pengurusan haji contoh bagi negara-negara Islam dan juga masyarakat antarabangsa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
“Beberapa rombongan haji negara lain seperti Thailand, Indonesia, Libya dan Turki telah menjemput TH (Lembaga Tabung Haji) untuk mengadakan perbincangan bagi mempelajari daripada pengalaman kita menguruskan operasi haji,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan akhir jemaah dan petugas haji Malaysia seramai 270 orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam, beliau berkata pengurusan haji tahun ini berjalan lancar dan berjaya mencapai tiga matlamat utama yang ditetapkan.
Matlamat itu ialah berjaya membawa jemaah haji negara melaksanakan kemuncak haji iaitu berwukuf di Arafah; memastikan keselamatan jemaah semasa pergerakan melibatkan Arafah, Muzdalifah dan Mina; serta memastikan keselesaan bagi jemaah semasa berada di Tanah Suci selama lebih 40 hari, katanya.
“Pengurusan haji yang sistematik ini jelas menunjukan komitmen berterusan kerajaan Malaysia dan TH yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan para jemaah haji kita.
“Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan telah disediakan kepada para jemaah haji Malaysia agar mereka dapat menyempurnakan urusan haji ke arah mendapat haji yang mabrur,” katanya.
Mohd Na’im berkata jemaah haji Malaysia juga menerima pujian kerana sentiasa mengekalkan disiplin yang baik, berpengetahuan ketika melaksanakan ibadat dan mematuhi segala peraturan yang ditentukan kerajaan Arab Saudi sepanjang berada di Mekah dan Madinah.
Beliau berkata TH akan mengadakan pascanilai haji dalam masa terdekat untuk meneliti maklum balas yang diterima dari semua sudut operasi dalam usaha memperbaiki perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi menyantuni jemaah haji pada musim akan datang.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata TH akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengenal pasti dan mencari penyelesaian berhubung jangkitan pneumonia dalam kalangan jemaah Malaysia di Tanah Suci.
Menurutnya, sepanjang musim haji tahun ini, seramai 13 jemaah haji Malaysia berusia lingkungan 49 hingga 78 tahun meninggal dunia antaranya disebabkan pneumonia dan kegagalan jantung.
Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im mengesahkan kenyataan yang tular mengenai larangan kekal oleh Arab Saudi terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, adalah palsu.
Katanya beliau telah menghubungi Kedutaan Arab Saudi pada Isnin untuk kepastian dan dimaklumkan oleh Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi, bahawa kenyataan yang tular itu kenyataan palsu.
Tular di media sosial sejak semalam satu kenyataan kononnya Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilarang memasuki Arab Saudi kerana didakwa mempunyai ideologi pengganas. – BERNAMA
Sumber : Bernama
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN