Connect with us

Terkini

Kes Fahmi Fadzil: Wajar tuduh atau tidak serah Ketua Pendakwa Syarie Selangor – JAIS

Siasatan terperinci masih dijalankan berhubung dakwaan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini, Ahad lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Kes Fahmi Fadzil: Wajar tuduh atau tidak serah Ketua Pendakwa Syarie Selangor – JAIS
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tengah).
  • Siasatan terperinci masih dijalankan berhubung dakwaan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini, Ahad lalu.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sebarang kewajaran untuk pertuduhan akan ditentukan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor.
  • “Semua siasatan oleh JAIS akan dibuat dengan teliti dan mengikut undang-undang. Kewajaran untuk dituduh atas akan ditentukan oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.
  • Semalam, polis Selangor mengesahkan tiada unsur kempen politik berhubung ucapan Fahmi tersebut.

SHAH ALAM – Siasatan terperinci masih dijalankan berhubung dakwaan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini, Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, sebarang kewajaran untuk pertuduhan akan ditentukan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor.

“Untuk makluman, siasatan terhadap kesalahan disyaki menghina pihak berkuasa agama terhadap Menteri KKD sedang berjalan.

“Semua siasatan oleh JAIS akan dibuat dengan teliti dan mengikut undang-undang. Kewajaran untuk dituduh atau tidak akan ditentukan oleh Ketua Pendakwa Syarie Negeri Selangor,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan JAIS mengesahkan menerima aduan Fahmi berucap di sebuah masjid di Rawang dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, selesai dilakukan.

Semalam, polis Selangor mengesahkan tiada unsur kempen politik berhubung ucapan Fahmi tersebut.

Sehubungan itu, Fahmi kemudiannya telah memberikan tempoh 24 jam kepada dua individu bagi permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan tersebut atau berdepan tindakan saman dengan notis tuntutan telah dihantar peguamnya kepada penceramah bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani dan pentadbir Laman Facebook ‘N13 Kuang’.

Sumber: Kosmo

Author

Terkini

LKAN: Majlis Profesor Negara nafi salah guna dana kerajaan

Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
  • MPN tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.
  • Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.
  • “Disepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
  • “MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

KUALA LUMPUR — Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Melalui penjelasan ke atas LKAN itu, MPN berkata pihaknya tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.

Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.

Foto: Kenyataan media MPN yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana Kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

“Di sepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.

“MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Melalui LKAN 2/2024, audit dilaporkan menemui penyalahgunaan dana dalam MPN di mana ia sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri, didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516. 

Malah, ia mewujudkan konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016). 

MPN juga didapati membuat pembayaran elaun besar kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.

Justeru, LKAN mengesyorkan JPM mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dan status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan sama ada penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending