Antarabangsa
Keganasan meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan, kata Médecins Sans Frontières (MSF), juga dikenali sebagai Doctors Without Borders, pada Khamis.

- Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan, kata Médecins Sans Frontières (MSF), dikenali sebagai Doctors Without Borders, pada Khamis.
- “Keganasan kini sedang meningkat di sekitar Hospital Al Nao, mengancam pesakit dan kakitangan. Semalam, peluru mendarat di utara dan barat daya hospital itu,” menurut organisasi itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
- Situasi semasa juga memberi kesan kepada kakitangan hospital, kerana anggota perubatan terpaksa bekerja dua syif apabila keadaan terlalu berbahaya untuk rakan sekerja mereka melakukan perjalanan.
- Penyelaras kecemasan MSF di Sudan, Frauke Ossig menyeru pihak bertelagah untuk menggelakkan orang awam daripada menjadi mangsa keganasan dan memastikan perlindungan hospital dan pekerja penjagaan kesihatan, serta memberi amaran bahawa “jika hospital tidak dapat berfungsi, akan ada lebih banyak kesengsaraan dan penderitaan”.
- Sudan telah menyaksikan pertempuran antara angkatan tentera dan pasukan separa tentera di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan.
KHARTOUM – Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan, kata Médecins Sans Frontières (MSF), juga dikenali sebagai Doctors Without Borders, pada Khamis.
“Keganasan kini sedang meningkat di sekitar Hospital Al Nao, mengancam pesakit dan kakitangan. Semalam, peluru mendarat di utara dan barat daya hospital itu,” menurut organisasi itu dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Al Nao kebanyakannya menerima mangsa yang cedera dalam keganasan, walaupun perkhidmatan kesihatan masih tersedia untuk pesakit dengan kecemasan perubatan lain.
Situasi semasa juga memberi kesan kepada kakitangan hospital, kerana anggota perubatan terpaksa bekerja dua syif apabila keadaan terlalu berbahaya untuk rakan sekerja mereka melakukan perjalanan.
Penyelaras kecemasan MSF di Sudan, Frauke Ossig dalam kenyataan itu menyeru pihak bertelagah untuk menggelakkan orang awam daripada menjadi mangsa keganasan dan memastikan perlindungan hospital dan pekerja penjagaan kesihatan, serta memberi amaran bahawa “jika hospital tidak dapat berfungsi, akan ada lebih banyak kesengsaraan dan penderitaan”.
Dari 29 Julai hingga 11 Ogos, kakitangan MSF di hospital Al Nao bekerja bersama pasukan dari Kementerian Kesihatan Sudan, menyediakan penjagaan trauma kecemasan kepada 808 pesakit, 447 daripadanya mengalami kecederaan akibat tembakan, serpihan daripada letupan, atau tikaman, menurut kenyataan itu.
Dalam tempoh yang sama, hospital itu merawat 787 pesakit membabitkan masalah perubatan lain, termasuk diabetes, jangkitan pernafasan, dan hipertensi serta penyakit kardiovaskular lain.
Wabak penyakit seperti malaria, campak dan kepialu telah dikesan di beberapa kawasan di Sudan, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Khamis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tabung Kanak-Kanak PBB, dan organisasi kesihatan Sudan.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Sudan sebelum ini, 39 daripada 59 hospital di ibu negara dan negeri berhampiran zon konflik tidak beroperasi.
Sudan telah menyaksikan pertempuran antara angkatan tentera dan pasukan separa tentera di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan. – BERNAMA-Xinhua
Sumber: BERNAMA
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini24 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak