Terkini
Isu logo politik: Kor Ming perlu mohon maaf secara terbuka – Timbalan Presiden MCA
MCA menuntut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kepada umum berhubung isu penggunaan logo parti politik, khususnya DAP, membabitkan program pengagihan bantuan kerajaan.

- MCA menuntut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kepada umum berhubung isu penggunaan logo parti politik, khususnya DAP, membabitkan program pengagihan bantuan kerajaan.
- Timbalan Presidennya, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, permohonan maaf Kor Ming juga perlu diiringi dengan komitmen untuk menegakkan prinsip ketelusan dan tadbir urus bertanggungjawab.
- “Ini bukan kali pertama dia berbuat demikian. Saya tarik perhatian kepada insiden pada Mei lalu di mana Nga (Kor Ming) juga menerima namanya digunakan pada bangunan pentadbiran di sebuah SJK(C) berserta dengan jawatan menterinya.
- “Walaupun dengan kecaman dan kritikan meluas daripada pelbagai pihak, dia terus menyalahgunakan proses peruntukan sebagai alat untuk mempromosi dirinya,” katanya dalam kenyataan di laman web rasmi MCA di sini semalam.
- Terdahulu, tular gambar Kor Ming menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan replika cek sumbangan memaparkan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) beserta jata negara, sekali gus menimbulkan kecaman banyak pihak.
- Mah Hang Soon turut menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dan melakukan siasatan menyeluruh terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana menteri atau Ahli Parlimen.
KUALA LUMPUR – MCA menuntut Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka kepada umum berhubung isu penggunaan logo parti politik, khususnya DAP, membabitkan program pengagihan bantuan kerajaan.
Timbalan Presidennya, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, permohonan maaf Kor Ming juga perlu diiringi dengan komitmen untuk menegakkan prinsip ketelusan dan tadbir urus bertanggungjawab.
Katanya, insiden 19 Ogos lalu yang menyaksikan pengagihan bantuan kerajaan kepada sekolah membabitkan replika cek tertera logo DAP dan Pakatan Harapan (PH), bukanlah insiden pertama membabitkan Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP.
“Ini bukan kali pertama dia berbuat demikian. Saya tarik perhatian kepada insiden pada Mei lalu di mana Nga (Kor Ming) juga menerima namanya digunakan pada bangunan pentadbiran di sebuah SJK(C) berserta dengan jawatan menterinya.
“Walaupun dengan kecaman dan kritikan meluas daripada pelbagai pihak, dia terus menyalahgunakan proses peruntukan sebagai alat untuk mempromosi dirinya,” katanya dalam kenyataan di laman web rasmi MCA di sini semalam.
Mengulas lanjut, Hang Soon berkata Kor Ming juga pernah membuat perkara sama (menyerahkan replika cek memaparkan logo DAP) ketika penyerahan dana RM240,000 kepada Sekolah Tinggi Hua Lian Taiping pada Disember 2018.
Katanya, perkara sama juga berlaku pada 2019 ketika pemimpin DAP itu sekali lagi memberikan peruntukan RM300,000 kepada sekolah yang sama.
Susulan itu, pemimpin MCA itu menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dan melakukan siasatan menyeluruh terhadap sebarang penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana menteri atau Ahli Parlimen.
“Adalah penting bagi Perdana Menteri dan Kabinet untuk memberi amaran kepada menteri dan Ahli Parlimen terbabit serta membuat garis panduan ketat mengenai prosedur penyerahan dana kerajaan bagi mengelakkan pengulangan kesalahan sama yang akan menghakis kredibiliti Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Terdahulu, tular gambar Kor Ming menyampaikan bantuan kewangan kepada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dengan replika cek sumbangan memaparkan logo DAP dan Pakatan Harapan (PH) beserta jata negara.
Tindakan itu dikecam beberapa Ahli Parlimen dan juga sekutu DAP dalam Kerajaan Madani iaitu Pergerakan Pemuda UMNO yang turut meminta Kor Ming menjelaskan mengenai penggunaan logo parti politik dalam program bantuan kerajaan. – The Merdeka Times
Sumber: Laman web rasmi MCA

You must be logged in to post a comment Login