Connect with us

Terkini

Dr Zulkifli Al-Bakri jawab salah faham terhadap Hadis 40 Imam Nawawi

PENENTANGAN yang dilakukan segelintir pihak terhadap Program Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bersifat salah faham dan ikut-ikutan.

Wartawan TMT

Published

on

Dr Zulkifli Al-Bakri jawab salah faham terhadap Hadis 40 Imam Nawawi
Foto: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Penentangan yang dilakukan segelintir pihak terhadap Program Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bersifat salah faham dan ikut-ikutan.
  • Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau melihat salah faham itu berlaku daripada dua sudut iaitu teknikal dan kandungan hadis.
  • Dari sudut teknikal, Dr Zulkifli melihat terdapat kerisauan yang ditimbulkan oleh Majlis Perundingan Agama Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST).
  • Menjawab kerisauan tersebut, Dr Zulkifli menjelaskan telah jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan kebebasan beragama yang mana semua agama boleh dianuti serta diamalkan secara harmoni dan aman damai. 
  • “Kandungan hadis 40 secara jelasnya menyemai kehidupan yang harmoni dan akhlak yang baik, serta merungkai permasalahan kehidupan dengan sebaiknya. Malah, hal ini turut ditegaskan oleh Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong. 
  • “Beliau menyebut: Ia begitu jelas bahawa hasrat kerajaan menggunakan modul itu untuk pelajar Islam dan mereka yang membantah ini seharusnya merujuk dulu isi kandungan hadis itu kerana apa yang terkandung hanyalah ajaran al-Quran yang disabdakan kepada Rasulullah dan bukan ajaran tambahan yang dicipta sesuka hati.” katanya.

PENENTANGAN yang dilakukan segelintir pihak terhadap Program Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bersifat salah faham dan ikut-ikutan.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau melihat salah faham itu berlaku daripada dua sudut iaitu teknikal dan kandungan hadis.

Dari sudut teknikal, Dr Zulkifli melihat terdapat kerisauan yang ditimbulkan oleh Majlis Perundingan Agama Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST).

Menjawab kerisauan tersebut, Dr Zulkifli menjelaskan telah jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan kebebasan beragama yang mana semua agama boleh dianuti serta diamalkan secara harmoni dan aman damai. 

“Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang Islam sebagai agama Persekutuan itu tidak hanya sekadar bersifat ritual, akan tetapi tafsirannya adalah lebih luas dan meliputi Islam sebagai agama dan cara hidup umat Islam di Malaysia. 

“Terdapat juga Seksyen 50(1) Akta Pendidikan 1996 yang menjelaskan bahawa sekiranya di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberi pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

“Kandungan hadis 40 secara jelasnya menyemai kehidupan yang harmoni dan akhlak yang baik, serta merungkai permasalahan kehidupan dengan sebaiknya. Malah, hal ini turut ditegaskan oleh Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong. 

“Beliau menyebut: Ia begitu jelas bahawa hasrat kerajaan menggunakan modul itu untuk pelajar Islam dan mereka yang membantah ini seharusnya merujuk dulu isi kandungan hadis itu kerana apa yang terkandung hanyalah ajaran al-Quran yang disabdakan kepada Rasulullah dan bukan ajaran tambahan yang dicipta sesuka hati.” katanya.

Mengulas mengenai sudut kandungan hadis, Dr Zulkifli melihat ada pihak yang menimbulkan kegusaran kerana terdapat perintah memerangi bukan Muslim dalam hadis ke-8 daripada hadis 40 tersebut.

Jelas beliau, hubungan antara golongan Muslim dan bukan Muslim dalam sesebuah negara dikira dalam konteks kewarganegaraan yang mana masing-masing dilindungi di bawah satu perlembagaan yang sama. 

Katanya, ia berbeza dengan prinsip yang ada pada zaman silam iaitu golongan bukan Islam lebih dikenali sebagai zimmi (mendapat perlindungan daripada Muslim dengan bayaran cukai). 

Sehubungan itu, Dr Zulkifli berkata, sudah pasti hak bukan Muslim jelas terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jika dihimpunkan nas Quran dan hadis berkaitan, kita akan dapati bahawa terdapat banyak perintah Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW untuk berbuat kebaikan kepada bukan Muslim yang baik. 

“Rasulullah SAW mempunyai jiran dalam kalangan ahli kitab yang dilayan baik oleh Baginda dengan memberikan hadiah kepada mereka, begitu juga sebaliknya mereka turut menghargainya dengan memberi Nabi SAW hadiah. Bahkan Rasulullah SAW mengutuk keras dan mengancam mereka yang menzalimi kafir mu’ahid.

“Justeru, tindakan memetik mana-mana ayat al-Quran atau hadis tanpa memahami kaedah Bahasa Arab dan tanpa meneliti keseluruhan tema berkaitan adalah tidak bertanggungjawab, dan amat gopoh dalam membuat penilaian,” jelas beliau.

Untuk rekod, KPM pada 25 Ogos lalu mengumumkan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Jelas KPM, pelaksanaan program tersebut disasarkan kepada guru dan murid-murid beragama Islam sahaja.

Begitupun, MCCBCHST telah mengeluarkan kenyataan dengan menolak pengajian penghayatan hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dengan dakwaan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak kebebasan beragama. 

Sumber: Utusan TV 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending