Terkini
Wanita cuba bunuh anak OKU sebelum bunuh diri
Seorang wanita ditemui maut dipercayai menikam dirinya sendiri menggunakan pisau selepas cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana di sini, petang semalam.
- Seorang wanita ditemui maut dipercayai menikam dirinya sendiri menggunakan pisau selepas cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana di sini, petang semalam.
- Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, kejadian itu diketahui selepas pemuda tersebut menelefon neneknya memberitahu lehernya telah ditikam oleh si mati.
- Katanya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain termasuk nenek mangsa, iaitu ibu kepada si mati telah bergegas ke lokasi dan mendapati pemuda berkenaan telah keluar dari rumah dalam keadaan baju berlumuran darah.
- “Mangsa beritahu ibunya telah menyuruhnya menelan sejumlah paracetamol dan tidur dalam keadaan tidak berbaju sebelum kemudian tiba-tiba menikam lehernya menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi, semalam.
- Tambahnya, si mati yang berusia 56 tahun selepas itu dikatakan menikam perutnya sendiri sehingga rebah dan dipercayai meninggal dunia.
MELAKA – Seorang wanita ditemui maut dipercayai menikam dirinya sendiri menggunakan pisau selepas cuba membunuh anak lelakinya yang juga orang kelainan upaya (OKU) dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana di sini, petang semalam.
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, kejadian itu diketahui selepas pemuda tersebut menelefon neneknya memberitahu lehernya telah ditikam oleh si mati.
Katanya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain termasuk nenek mangsa, iaitu ibu kepada si mati telah bergegas ke lokasi dan mendapati pemuda berkenaan telah keluar dari rumah dalam keadaan baju berlumuran darah.
“Kami kemudian telah masuk ke dalam rumah bersama-sama mangsa untuk menukar bajunya dan terlihat ibunya tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di bahagian ruang tamu.
“Mangsa beritahu ibunya telah menyuruhnya menelan sejumlah paracetamol dan tidur dalam keadaan tidak berbaju sebelum kemudian tiba-tiba menikam lehernya menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi, semalam.
Tambahnya, si mati yang berusia 56 tahun selepas itu dikatakan menikam perutnya sendiri sehingga rebah dan dipercayai meninggal dunia.
“Sebelum kejadian sikap ibunya berubah menjadi pendiam dan tidak mahu mendengar apa yang ahli keluarga cakap, seperti tertekan.
“Kami syak dia ingin pergi (mati) bersama anaknya, dia seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak dengan mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik, sulung berusia 28 tahun,” katanya.
Ujarnya, si mati bekerja sebagai guru tadika dan tinggal berdua bersama anak OKU berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Kosmo