Antarabangsa
Ukraine beri amaran ‘peperangan’ bakal terjadi di Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memberi amaran bahawa ‘peperangan’ yang kini sudah bermula di Russia akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow.
- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memberi amaran ‘peperangan’ yang kini sudah bermula di Russia akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow.
- Ini adalah antara serangan balas pertama Ukraine di bumi Russia sejak tentera Moscow menceroboh Ukraine pada 24 Februari 2022.
- Beliau berkata, peperangan akan ‘dikembalikan’ secara berperingkat ke Russia, khususnya membabitkan pusat simbolik dan pangkalan tenteranya.
- Pada masa sama, kata Zelensky, Ukraine kini semakin kuat, namun masih harus bersiap sedia menghadapi serangan baharu Moscow terhadap infrastruktur tenaga negara itu, ketika musim sejuk.
KIEV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, memberi amaran bahawa ‘peperangan’ yang kini sudah bermula di Russia akan diteruskan selepas tiga dron negara itu ditembak jatuh di Moscow.
Ini adalah antara serangan balas pertama Ukraine di bumi Russia sejak tentera Moscow menceroboh Ukraine pada 24 Februari 2022.
Beliau berkata, peperangan akan ‘dikembalikan’ secara berperingkat ke Russia, khususnya membabitkan pusat simbolik dan pangkalan tenteranya.
“Ini satu tindakan yang adil dan tidak dapat kami elakkan,” katanya selepas melawat Ivano-Frankivsk, sebuah bandar di bahagian barat negara itu.
Pada masa sama, kata Zelensky, Ukraine kini semakin kuat, namun masih harus bersiap sedia menghadapi serangan baharu Moscow terhadap infrastruktur tenaga negara itu, ketika musim sejuk.
Katanya, ketika ini persiapan untuk menghadapi segala kemungkinan sudah dibincangkan di Ivano-Frankivsk.
Sementara itu, menurut Kementerian Pertahanan Russia, pihaknya menembak jatuh tiga dron Ukraine awal semalam, yang cuba menyasarkan Moscow dalam serangan kedua seumpama itu dalam seminggu.
Menurutnya, dua dron terhempas di daerah Moskva-Citi selepas dibawa turun menggunakan peralatan radio-elektronik.
“Pertahanan udara juga menembak jatuh satu lagi dron di udara di atas kawasan Odintsovo di wilayah Moscow.
“Pada pagi 30 Julai, percubaan serangan oleh rejim Kyiv menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu terhadap sasaran di bandar Moscow digagalkan,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.
Sementara itu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata, tiada individu dilaporkan cedera, sebaliknya serangan hanya menyebabkan kerosakan kecil di dua bangunan pejabat di daerah perniagaan Moskva-Citi.
Menurut media Russia, kawasan itu yang jaraknya beberapa kilometer (km) dari Kremlin, terkenal dengan menara pencakar langit yang moden.
Katanya, salah satu bangunan yang rosak menempatkan kediaman milik tiga kementerian kerajaan Russia serta pangsapuri.
Dron milik musuh dilapor menyasarkan ibu kota Russia sejak beberapa bulan lalu, namun ia tidak menyebabkan kerosakan teruk.
Bagaimanapun, perkembangan itu menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan pihak berkuasa Russia yang sebelum ini meyakinkan rakyatnya bahawa negara berkenaan sudah mengawal sepenuhnya keadaan melalui operasi tentera khas terhadap Ukraine.
Serangan melalui dua dron di Kremlin pada Mei lalu menjadi serangan pertama paling berprofil tinggi terhadap Russia yang sebelum ini hanya menyaksikan pertempuran di Ukraine dan bukan di negara sendiri.
Isnin lalu, menurut tentera Russia, negara itu menggagalkan satu lagi serangan ke atas Moscow menggunakan dua dron, salah satunya disasarkan berdekatan dengan ibu pejabat Kementerian Pertahanan.
Berdasarkan tinjauan Reuters, kawasan berkenaan dipenuhi dengan serpihan kaca dan dokumen pejabat itu dikepung oleh polis dan perkhidmatan kecemasan.
Menurut agensi berita TASS, semua penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas dari lapangan terbang Vnukovo di Moscow, digantung seketika susulan serangan berkenaan.
Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Pertahanan Russia mendakwa berjaya menggagalkan serangan di Semenanjung Laut Hitam Crimea, yang ditakluki negara itu daripada Ukraine pada 2014.
Serangan membabitkan 25 dron Ukraine sebelum ia ditembak jatuh, namun tiada sesiapa yang cedera atau berlaku kerosakan.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
Badan penyiaran Australia sahkan “Arahan Hannibal” Israel bunuh penduduk sendiri pada 7 Oktober