Connect with us

Terkini

PM sedia tunjuk bukti hapus hutang peneroka Felda

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia membuktikan bahawa beliau menandatangani dokumen pelupusan hutang Felda. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM sedia tunjuk bukti hapus hutang peneroka Felda
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia membuktikan beliau menandatangani dokumen pelupusan hutang Felda. 
  • Katanya, beliau akan meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) mengeluarkan dokumen ditandatangani beliau pada 27 Jun lalu sebelum beliau berangkat ke Vietnam hari ini.
  • “Tak payah 24 jam, 12 jam pun saya boleh (kemuka bukti), memang saya tandatangan pada 27 hari bulan, dia (Muhyiddin) tak buat kerja, tak tahu.
  • “Dia cabar begitu, kalau saya tunjuk bukti saya tandatangan, dia (Muhyiddin) kena minta maaf, saya tandatangan pada 27 haribulan, saya ingat, dia harus minta maaf, 27 Jun, (sebanyak) RM 997 juta.
  • Dia senang tuduh-tuduh, dia (Muhyiddin) senang sahaja tuduh bohong, kemudian baru dia cabar minta fakta. Kemudian, insya-Allah sebelum saya ke Vietnam esok (Khamis), saya telefon KSP untuk keluarkan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang, di sini semalam.

TANJUNG KARANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia membuktikan bahawa beliau menandatangani dokumen pelupusan hutang Felda. 

Katanya, beliau akan meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) untuk mengeluarkan dokumen yang ditandatangani beliau pada 27 Jun lalu sebelum beliau berangkat ke Vietnam hari ini.

“Tak payah 24 jam, 12 jam pun saya boleh (kemuka bukti), memang saya tandatangan pada 27 hari bulan, dia (Muhyiddin) tak buat kerja, tak tahu.

“Dia cabar begitu, kalau saya tunjuk bukti saya tandatangan, dia (Muhyiddin) kena minta maaf, saya tandatangan pada 27 hari bulan, saya ingat, dia harus minta maaf, 27 Jun, (sebanyak) RM 997 juta.

“Dia senang tuduh-tuduh, dia (Muhyiddin) senang sahaja tuduh bohong, kemudian baru dia cabar minta fakta. Kemudian, insya-Allah sebelum saya ke Vietnam esok (Khamis), saya telefon KSP untuk keluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang, di sini semalam.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut Perdana Menteri membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataan mendakwa hutang peneroka Felda tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbirannya.

Tuntutan tersebut dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *