Connect with us

Terkini

Pengundi Kelantan berisiko ‘berdosa’ jika terus pertahan PAS – Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan

Pengundi di Kelantan diingatkan mereka berisiko menanggung ‘dosa’ sekiranya terus mempertahankan kerajaan PAS di negeri itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Pengundi Kelantan berisiko ‘berdosa’ jika terus pertahan PAS – Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan
Foto: Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.
  • Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata senario itu berkemungkinan berlaku sekiranya pengundi mempertahankan kerajaan terbabit sedangkan ia berisiko menambah derita dan kesusahan rakyat.
  • “Jika tuan puan memilih untuk “tukar”, insyaallah “tukar” tuan puan itu akan dapat pahala jika ianya membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri ini.
  • “Jika tuan puan memilih untuk “pertahan”, keputusan tuan puan untuk pertahankannya itu mungkin boleh menyebabkan dosa jika ianya sekadar menambah derita dan kesusahan rakyat. 
  • “Sekadar mengulangi kegagalan demi kegagalan mustahil boleh menyumbang pahala kepada undi kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Che Ibrahim berkata jika pengundi memilih untuk ‘tukar’, negeri pantai Timur itu berpeluang untuk berubah menjadi lebih baik.

KUALA LUMPUR — Pengundi di Kelantan diingatkan mereka berisiko menanggung ‘dosa’ sekiranya terus mempertahankan kerajaan PAS di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata senario itu berkemungkinan berlaku sekiranya pengundi mempertahankan kerajaan terbabit sedangkan ia berisiko menambah derita dan kesusahan rakyat.

“Jika tuan puan memilih untuk “tukar”, insyaallah “tukar” tuan puan itu akan dapat pahala jika ianya membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri ini.

“Jika tuan puan memilih untuk “pertahan”, keputusan tuan puan untuk pertahankannya itu mungkin boleh menyebabkan dosa jika ianya sekadar menambah derita dan kesusahan rakyat. 

“Sekadar mengulangi kegagalan demi kegagalan mustahil boleh menyumbang pahala kepada undi kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Foto : Tangkap Layar Hantaran FB Che Ibrahim Mohamed

Che Ibrahim berkata sekiranya pengundi memilih untuk terus memberi kemenangan kepada parti terbabit, maka apa yang dilalui mereka selama 33 tahun di bawah PAS akan terus kekal.

Beliau berkata peluang untuk kerajaan terbabit berubah masih samar berdasarkan pengalaman 33 tahun sebelum ini apatah lagi apabila mereka terpaksa bergantung kepada ihsan dan bantuan kerajaan Persekutuan.

Katanya, PAS membuktikan tahap pencapaian dan keupayaan mereka mentadbir melalui 33 tahun amanah yang terpikul dan ternyata kebanyakan perkara gagal diselesaikan.

“Islam dilaungkan hanya sekadar sedap di kuliah dan pentas ceramah, realitinya hanya sama dengan Islam di negeri negeri yang bukan di bawah Pas. Berubahlah!!!” katanya.

Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata bagaimanapun jika pengundi memilih untuk ‘tukar’, negeri pantai Timur itu berpeluang untuk berubah menjadi lebih baik.

“Kepimpinan baru tentunya akan berbuat sesuatu untuk membuktikan pilihan pengundi adalah tepat, ditambah pula dengan sokongan dan hubungan yang erat dengan Persekutuan atas dasar Kerajaan Madani dan Kerajaan Perpaduan.

“BN PH tentunya mempunyai kelebihan untuk mengubah Kelantan ke arah yang lebih baik kerana ada keserasiannya dengan federal dan tentunya bantuan federal lebih mudah dan lebih berkesan,” katanya.

Secara tradisi, Kelantan dianggap sebagai kubu kuat PAS yang mentadbir negeri berkenaan sejak 33 tahun lalu selepas merampasnya daripada Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO pada Pilihan Raya Umum Kelapan (PRU8) pada 1990.

Selain negeri Serambi Mekah, PAS juga menguasai Terengganu dan Kedah dengan keseluruhan kerusi DUN disandang parti itu di tiga negeri dengan populasi majoriti penduduk Melayu berjumlah 74 daripada 91 kerusi yang ditandingi lima tahun lalu. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Che Ibrahim Mohamed

Author