Connect with us

Antarabangsa

Pelajar takut dibuli kerana akui wujud dua jantina sahaja – Surat terbuka untuk Setiausaha Pendidikan Britain

Dua gadis remaja berusia 14 tahun mendakwa takut untuk bercakap di sekolah mengenai fakta kewujudan dua jantina sahaja.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Pelajar takut dibuli kerana akui wujud dua jantina sahaja – Surat terbuka untuk Setiausaha Pendidikan Britain
Foto: Setiausaha Pendidikan Britain, Gillian Keegan (kanan).
  • Dua gadis remaja berusia 14 tahun mendakwa takut untuk bercakap di sekolah mengenai fakta kewujudan dua jantina sahaja.
  • Perkara itu diluahkan menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada Setiausaha Pendidikan Britain, Gillian Keegan.
  • Mereka “takut untuk bersuara secara terbuka kerana ancaman disisihkan dan buli daripada pelajar yang mengamalkan dogma autoritarian ideologi jantina”.
  • Mereka juga mendakwa terdapat banyak kes pelajar dibuli dan dipulaukan kerana tidak bersetuju dengan ideologi jantina songsang itu.

Dua gadis remaja berusia 14 tahun mendakwa takut untuk bercakap di sekolah mengenai fakta kewujudan dua jantina sahaja.

Perkara itu diluahkan menerusi satu surat terbuka yang ditujukan kepada Setiausaha Pendidikan Britain, Gillian Keegan.

Memetik laporan PSCKS News, dua gadis yang bersekolah di dua sekolah menengah berasingan itu menulis surat berkenaan tanpa mendedahkan identiti mereka.

Mereka menyebut yang mereka “takut untuk bersuara secara terbuka kerana ancaman disisihkan dan buli daripada pelajar yang mengamalkan dogma autoritarian ideologi jantina”.

Mereka juga berkongsi pengalaman mereka apabila guru cuba mengaitkan ideologi jantina, contohnya mendakwa Zues (Dewa Yunani) adalah tidak berjantina (non-binary) dan Lady Macbeth (watak dalam karya William Shakespeare) adalah seorang yang boleh bertukar jantina mengikut suka (gender-fluid).

Selain itu, terdapat tekanan besar dalam kalangan pelajar untuk mematuhi pandangan bahawa “wanita transgender” adalah wanita dan sebarang penentangan terhadap kepercayaan ini dianggap “transfobik” dan tidak boleh diterima.

Mereka juga mendakwa terdapat banyak kes pelajar dibuli dan dipulaukan kerana tidak bersetuju dengan ideologi jantina songsang itu.

Advertisement

Surat itu dibuat susulan tular rakaman seorang guru di Kolej Rye, East Sussex yang menyifatkan muridnya “keji” hanya kerana menyatakan kepercayaan kewujudan dua jantina sahaja.

Mengulas mengenai surat itu, Jurucakap Jabatan Pendidikan berkata yang ancaman buli dan dipulaukan kerana tidak bersetuju dengan ideologi jantina adalah sangat membimbangkan

“Adalah penting bahawa sekolah kekal tidak berat sebelah dari segi politik dan guru tidak seharusnya mengajar pandangan yang dipertikaikan sebagai fakta,” katanya.

Sumber: PSCKS News

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending