Terkini
MAIDAM larang tampal poster politik di pagar surau, masjid
Ahli jawatankuasa surau serta masjid diminta menjadi mata dan telinga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.
- Ahli jawatankuasa surau serta masjid diminta menjadi mata dan telinga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.
- Yang Dipertua, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya tidak mahu sebarang aktiviti kempen politik diadakan di surau dan masjid.
- Beliau berkata, pihaknya bukan saja melarang segala aktiviti seperti ceramah dan program politik, malah turut melarang meletakkan poster politik di pagar surau dan masjid di seluruh negeri ini.
- “Mana-mana agensi kerajaan yang berhasrat menganjurkan sebarang program sama ada kuliah atau ceramah agama di surau dan masjid, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada MAIDAM. “
- “Kuliah pengajian agama yang sedia ada oleh pengkuliah tetap boleh diteruskan seperti biasa di semua surau dan masjid di seluruh negeri ini.
- “Bagaimanapun, pengkuliah diingatkan supaya tidak menyentuh atau menyelit apa-apa perkara yang berbaur kempen kepada mana-mana parti politik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Sumbangan Lembu oleh McDonald Malaysia kepada Asnaf Zakat Negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.
KUALA TERENGGANU – Ahli jawatankuasa surau serta masjid diminta menjadi mata dan telinga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini.
Yang Dipertua, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya tidak mahu sebarang aktiviti kempen politik diadakan di surau dan masjid.
Beliau berkata, pihaknya bukan saja melarang segala aktiviti seperti ceramah dan program politik, malah turut melarang meletakkan poster politik di pagar surau dan masjid di seluruh negeri ini.
“Kita mempunyai lebih 2,000 surau dan 500 masjid di seluruh Terengganu. Jadi, kita memberi amaran kepada mana-mana ahli politik atau badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak menjadikan surau dan masjid tempat berpolitik.
“Malah, kita sentiasa memantau perkara ini dengan meminta ahli jawatankuasa termasuk iman serta bilal menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat kepada MAIDAM,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Sumbangan Lembu oleh McDonald Malaysia kepada Asnaf Zakat Negeri Terengganu di Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.
Shaikh Harun berkata, pihaknya menetapkan beberapa larangan aktiviti sepanjang kempen PRN bagi menjaga keharmonian dan kemuliaan surau serta masjid di seluruh negeri ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak membenarkan kepada semua kepimpinan parti politik dan aktivis politik bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat serta menyampaikan apa-apa ceramah agama sepanjang tempoh berkempen.
“Mana-mana agensi kerajaan yang berhasrat menganjurkan sebarang program sama ada kuliah atau ceramah agama di surau dan masjid, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada MAIDAM.
“Kuliah pengajian agama yang sedia ada oleh pengkuliah tetap boleh diteruskan seperti biasa di semua surau dan masjid di seluruh negeri ini.
“Bagaimanapun, pengkuliah diingatkan supaya tidak menyentuh atau menyelit apa-apa perkara yang berbaur kempen kepada mana-mana parti politik,” katanya.
Shaikh Harun berkata, bagi kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah boleh dikenakan di bawah Seksyen 103.
“Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 103 adalah melakukan suatu kesalahan.
“Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Sumber: Buletin TV3