Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa segera kuatkuasakan penggunaan kamera badan – CUEPACS

CUEPACS mahu kerajaan segera menguatkuasakan penggunaan kamera badan bagi petugas di pintu masuk negara berikutan kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan anggota Imigresen.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan digesa segera kuatkuasakan penggunaan kamera badan - CUEPACS
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • CUEPACS mahu kerajaan segera menguatkuasakan penggunaan kamera badan bagi petugas di pintu masuk negara berikutan kekecohan yang berlaku di KLIA membabitkan anggota Imigresen.
  • Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata penggunaan kamera badan itu penting untuk meningkatkan integriti pasukan petugas termasuk meningkatkan pelbagai penugasan dan keselamatan petugas sendiri.
  • Katanya, jika ada sebarang tomahan mengenai pecah amanah atau salah laku seperti kes-kes tular sebelum ini, pihak berkuasa dapat lihat daripada klip rakaman kamera badan berkenaan untuk mempermudahkan siasatan.
  • Pihaknya menolak keras campur tangan pihak luar dalam urusan keselamatan negara yang digalas oleh Jabatan Imigresen atau mana-mana agensi kerajaan.
  • “Campur tangan pihak luar ini boleh mendedahkan negara kepada risiko keselamatan. Semua pihak termasuk pegawai tertinggi kerajaan sepatutnya percaya pada setiap keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang menjaga sempadan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR – CUEPACS mahu kerajaan segera menguatkuasakan penggunaan kamera badan bagi petugas di pintu masuk negara berikutan kekecohan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan anggota Imigresen.

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata penggunaan kamera badan itu penting untuk meningkatkan integriti pasukan petugas termasuk meningkatkan pelbagai penugasan dan keselamatan petugas sendiri.

Katanya, selain itu, jika ada sebarang tomahan mengenai pecah amanah atau salah laku seperti kes-kes yang tular sebelum ini, pihak berkuasa dapat lihat daripada klip rakaman kamera badan berkenaan untuk mempermudahkan siasatan.

Pada masa sama, katanya, CUEPACS mengingatkan supaya tiada pihak cuba campur tangan dalam urusan keselamatan negara.

Katanya, pihaknya menolak keras campur tangan pihak luar dalam urusan keselamatan negara yang digalas oleh Jabatan Imigresen atau mana-mana agensi kerajaan.

“Campur tangan pihak luar ini boleh mendedahkan negara kepada risiko keselamatan. Semua pihak termasuk pegawai tertinggi kerajaan sepatutnya percaya pada setiap keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa yang menjaga sempadan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Adnan, prosedur keselamatan yang ditetapkan kerajaan jelas dan wajar dipatuhi tanpa campur tangan dalam mengubah setiap keputusan yang telah diputuskan.

Advertisement

Adnan berkata, CUEPACS juga memandang serius tuduhan berat yang dilemparkan kepada Imigresen berkaitan rasuah yang didakwa wujud dalam kalangan petugasnya di pintu masuk negara.

“Tuduhan tanpa bukti berasas itu dilihat sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian terhadap isu utama yang berlaku baru-baru ini membabitkan seorang individu berstatus menteri.

“Tuduhan melulu tanpa bukti itu bukan sahaja mencemarkan imej Imigresen bahkan memberi persepsi buruk kepada perkhidmatan awam,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya benar wujudnya budaya rasuah seperti yang digambarkan, perkara itu sepatutnya dilaporkan dengan bukti yang jelas terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini media melaporkan kekecohan timbul di balai ketibaan KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing mahu ‘menyelamatkan’ seorang warganegara China dikenakan tindakan Notis Tolak Kemasukan (NTL).

King Sing seterusnya mendakwa ada perlakuan rasuah membabitkan pegawai Imigresen di KLIA tetapi ia dinafikan pegawai yang terbabit.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending