Connect with us

Terkini

Kekecohan di KLIA: Tiong King Sing tidak muncul di SPRM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tidak kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kekecohan di KLIA: Tiong King Sing tidak muncul di SPRM
Foto: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tidak kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
  • Media yang berkampung sejak jam 9 pagi tadi turut tidak menemui seorang pelancong yang ‘diselamatkan’ oleh King Sing memasuki suruhanjaya siasatan itu.
  • Kedua-dua mereka sepatutnya disoal siasat oleh SPRM hari ini berhubung insiden yang berlaku Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • King Sing didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh jabatan itu.
  • Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.
  • Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pertemuan bersama menteri itu hari ini susulan dakwaan rasuah di KLIA.

PUTRAJAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tidak kelihatan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Media yang berkampung sejak jam 9 pagi tadi turut tidak menemui seorang pelancong yang ‘diselamatkan’ oleh King Sing memasuki suruhanjaya siasatan itu.

Kedua-dua mereka sepatutnya disoal siasat oleh SPRM hari ini berhubung insiden yang berlaku Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

King Sing didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang ditahan oleh jabatan itu.

Sebelum ini, King Sing menegaskan akan merujuk kepada SPRM untuk menyiasat dalang penyebaran video kekecohan yang mendakwa beliau menyalahguna kuasa di KLIA.

Beliau turut mendakwa video itu dirakam oleh pegawai Jabatan Imigresen yang berada di tempat kejadian, tindakan yang didakwanya sengaja untuk menutup kesalahan serta aktiviti rasuah yang berlaku di balai ketibaan berkenaan.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan pertemuan bersama menteri itu hari ini susulan dakwaan rasuah di KLIA.

Beliau berkata, pelancong dari China yang dikatakan menjadi mangsa kepada perlakuan rasuah berkenaan juga akan bersama dalam pertemuan itu.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *