Connect with us

Terkini

KDN beri kerjasama siasatan dakwaan rasuah di KLIA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiada halangan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan berhubung dakwaan berlakunya rasuah membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wartawan TMT

Published

on

KDN beri kerjasama siasatan dakwaan rasuah di KLIA
Foto: Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah).
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiada halangan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan berhubung dakwaan berlakunya rasuah membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan proses siasatan yang diperlukan.
  • “Sekurang-kurangnya ada tiga perkara di sini. Pertama, secara spesifik, dakwaan mengatakan ada elemen rasuah, (pendirian kita) terang bahawa SPRM dipelawa tanpa apa-apa halangan untuk memulakan atau meneruskan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Sungai Petani: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tiada halangan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan berhubung dakwaan berlakunya rasuah membabitkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk melengkapkan proses siasatan yang diperlukan.

“Sekurang-kurangnya ada tiga perkara di sini. Pertama, secara spesifik, dakwaan mengatakan ada elemen rasuah, (pendirian kita) terang bahawa SPRM dipelawa tanpa apa-apa halangan untuk memulakan atau meneruskan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

“Kedua, merujuk khusus kepada insiden tempoh hari, saya sudah berbincang dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Datuk Seri Tiong King Sing). Hasilnya akan kami bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini,” katanya ditemui selepas Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ke-51, di Pusat Latihan Rela Wilayah Utara Bukit Selambau di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perkara ketiga, JIM hanya mengamalkan peraturan Imigresen antarabangsa yang diterima pakai majoriti negara untuk mengawal pintu masuk sempadan kerana ia bukan pemeriksaan biasa sebaliknya membabitkan elemen keselamatan.

“Apabila kita melepasi kaunter Imigresen, ada sekurang-kurangnya tiga soalan asas yang mereka akan tanya iaitu di mana tempat tinggal kita, adakah mempunyai dana yang cukup sepanjang tempoh pelawat berada di sesuatu negara dan yang ketiga ada tak tiket pulang.

“Sekiranya pelawat melepasi tiga soalan itu, urusan seterusnya tak ada masalah dan hanya jika ada masalah di peringkat itu barulah proses seterusnya mengambil tempat iaitu Notis Penolakan Masuk (NTL) yang berasaskan kepada komunikasi Imigresen dengan pelawat,” katanya.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, jumlah pelawat yang dikenakan NTL ke negara ini sangat kecil berbanding pengunjung yang dibenarkan masuk.

“Contoh, pelawat dari China, bulanan antara purata 50 ke 60 orang sahaja (dikenakan NTL). Tapi itu adalah proses biasa yang dilakukan mengikut peraturan oleh pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk negara,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada terdapat keperluan untuk KDN memperluas penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota dan pegawai Imigresen, beliau berkata, tumpuan ketika ini adalah membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

“Buat masa ini, kami fokus kamera badan ini kepada polis dahulu (kerana) yang itu bajet dah ada dan proses untuk menyediakannya sudah berjalan. Letak di situ dahulu, saya tak mahu berlebih-lebihan. Saya kekal di situ dahulu tak mahu komen apa-apa bab itu (keperluan),” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending