Terkini
Jurubahasa Cina dinobat penerima anugerah Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka
Lee See Pin yang merupakan jurubahasa di Mahkamah Air Keroh terpilih sebagai Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka 1445H.
- Lee See Pin yang merupakan jurubahasa di Mahkamah Air Keroh terpilih sebagai Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka 1445H.
- See Pin yang berumur 40 tahun itu terpilih kerana beliau menyertai banyak aktiviti sukarelawan yang dianjurkan pertubuhan dakwah.
- Beliau aktif menyertai aktiviti sukarelawan itu sejak 10 tahun lalu kerana mahu meningkatkan nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Lee See Pin yang merupakan jurubahasa di Mahkamah Air Keroh terpilih sebagai Tokoh Bukan Islam Maal Hijrah Melaka 1445H.
See Pin yang berumur 40 tahun itu terpilih kerana beliau menyertai banyak aktiviti sukarelawan yang dianjurkan pertubuhan dakwah.
Beliau aktif menyertai aktiviti sukarelawan itu sejak 10 tahun lalu kerana mahu meningkatkan nilai perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Katanya, aktiviti sukarelawannya termasuk menjadi pemandu pelancong ketika rumah terbuka masjid pada 2023.
“Dengan kemampuan saya (fasih berbahasa Melayu), saya hanya ingin membantu meningkatkan perpaduan antara kaum, sekaligus membina bangsa Malaysia, itu hajat saya,” katanya dipetik China Press pada Majlis Penyampaian Anugerah Ibnu Uraiqith yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 19 Julai lalu.
See Pin yang kini berkhidmat di Mahkamah Air Keroh mendapat pendidikan di SJK (C) Ping Ming dan mula berkomunikasi dengan rakan sekelasnya yang berbangsa Melayu dalam bahasa Melayu.
“Mereka juga boleh berbahasa Cina, tetapi kami lebih suka bercakap dalam bahasa Melayu,” katanya.
Sumber: China Press