Antarabangsa
Rejim haram Israel mengganas tembak mati penduduk Palestin
Rejim penjajah Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki, Jumaat lalu.
- Rejim penjajah Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki, Jumaat lalu.
- Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengesahkan, Mehdi Bayadsa, 29, maut terkena peluru dari pendudukan haram berhampiran pusat pemeriksaan tentera Rantis, barat Ramallah.
- Tentera mendakwa, askar ‘meneutralkan’ seorang penduduk Palestin yang tiba berhampiran persimpangan antara Tebing Barat dan Israel dengan kenderaan yang dicuri.
- “Ketika askar IDF (tentera Israel) memeriksa kenderaannya, suspek menyerang seorang anggota kami dan cuba mencuri senjatanya.
- “Susulan konfrontasi itu, seorang lagi askar di kawasan itu menembak secara langsung ke arah suspek dan meneutralkannya,” katanya.
RAMALLAH, 21 Zulkaedah 1444H, Sabtu – Rejim penjajah Israel menembak mati seorang penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki, Jumaat lalu.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengesahkan, Mehdi Bayadsa, 29, maut terkena peluru dari pendudukan haram berhampiran pusat pemeriksaan tentera Rantis, barat Ramallah.
Tentera mendakwa, askar ‘meneutralkan’ seorang penduduk Palestin yang tiba berhampiran persimpangan antara Tebing Barat dan Israel dengan kenderaan yang dicuri.
“Ketika askar IDF (tentera Israel) memeriksa kenderaannya, suspek menyerang seorang anggota kami dan cuba mencuri senjatanya.
“Susulan konfrontasi itu, seorang lagi askar di kawasan itu menembak secara langsung ke arah suspek dan meneutralkannya,” katanya.
Katanya lagi, seorang anggota tentera cedera ringan telah dibawa ke hospital dan insiden itu sedang disiasat.
Hampir tiga juta rakyat Palestin tinggal di Tebing Barat – yang telah diduduki Israel sejak Perang Enam Hari 1967.
Kira-kira 490,000 warga Israel tinggal di wilayah yang diduduki di penempatan yang dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Menurut pengiraan AFP, sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 157 rakyat Palestin, 21 warga Israel, seorang warga Ukraine dan seorang warga Itali terkorban dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin.
Sumber: Ismaweb