Antarabangsa
Pencerobohan rejim pengganas Israel burukkan keadaan di Jenin
Mesir mengutuk serbuan rejim pengganas Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, yang menyebabkan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera, lapor Agensi Anadolu.
- Mesir mengutuk serbuan rejim pengganas Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, yang menyebabkan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera.
- Kementerian Luar Mesir berkata, pihaknya menolak sepenuhnya terhadap pencerobohan rejim Zionis bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangsa.
- “Serangan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan, berisiko untuk menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.
- “Paling ketara menjejaskan usaha untuk meredakan ketegangan di Wilayah Pendudukan,” katanya.
KAHERAH – Mesir mengutuk serbuan rejim pengganas Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, yang menyebabkan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir berkata, pihaknya menolak sepenuhnya terhadap pencerobohan rejim Zionis yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi legitimasi antarabangsa.
“Serangan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan, berisiko untuk menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.
“Paling ketara menjejaskan usaha untuk meredakan ketegangan di Wilayah Pendudukan,” tambahnya.
Tentera haram Israel menyerbu bandar Jenin awal Isnin untuk menangkap dua rakyat Palestin, mencetuskan bantahan daripada kalangan penduduk tempatan.
Menurut Kementerian Kesihatan, tiga rakyat Palestin terbunuh dan 45 lagi cedera semasa serbuan itu, manakala tujuh tentera Israel turut cedera.
Tentera pengganas Israel melepaskan peluru berpandu dari helikopter ke arah bangunan kediaman di bandar itu semasa serbuan buat kali pertama sejak 2002.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat yang Diduduki sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan serangan berulang kali oleh puak Israel ke atas bandar-bandar Palestin.
Hampir 165 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera haram Israel sejak awal tahun ini, menurut angka Palestin.
Sekurang-kurangnya 21 warga Israel turut terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh yang sama. -Agensi
Sumber: Ismaweb