Antarabangsa
New Zealand haramkan vape pakai buang untuk orang muda
New Zealand memulakan langkah mengekang vape atau rokok elektronik dalam kalangan golongan muda dengan menetapkan had jualan peranti itu di premis berhampiran sekolah.

- New Zealand memulakan langkah mengekang vape atau rokok elektronik dalam kalangan golongan muda dengan menetapkan had jualan peranti itu di premis berhampiran sekolah.
- Selain itu, kerajaan juga menetapkan pengharaman bagi sesetengah peranti elektronik pakai buang, sebagai lanjutan kepada usaha melaksanakan kempen anti rokok yang agresif.
- Walaupun negara Pasifik itu antara 38 negara dalam Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan mempunyai kadar merokok dewasa yang paling rendah, New Zealand melarang generasi akan datang daripada merokok dalam usahanya menjadi negara ‘bebas asap rokok’ menjelang 2025.
- Menteri Kesihatan, Dr Ayesha Verrall, berkata perubahan itu akan dilaksanakan berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan mulai Ogos, disebabkan terlalu ramai golongan muda menggunakan vape, walaupun kerajaan mahu peranti itu menjadi alternatif kepada merokok.
SYDNEY: New Zealand memulakan langkah mengekang vape atau rokok elektronik dalam kalangan golongan muda dengan menetapkan had jualan peranti itu di premis berhampiran sekolah.
Selain itu, kerajaan juga menetapkan pengharaman bagi sesetengah peranti elektronik pakai buang, sebagai lanjutan kepada usaha melaksanakan kempen anti rokok yang agresif.
Walaupun negara Pasifik itu antara 38 negara dalam Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan mempunyai kadar merokok dewasa yang paling rendah, New Zealand melarang generasi akan datang daripada merokok dalam usahanya menjadi negara ‘bebas asap rokok’ menjelang 2025.
Menteri Kesihatan, Dr Ayesha Verrall, berkata perubahan itu akan dilaksanakan berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan mulai Ogos, disebabkan terlalu ramai golongan muda menggunakan vape, walaupun kerajaan mahu peranti itu menjadi alternatif kepada merokok.
“Kita sedang mencipta masa depan dengan produk tembakau tidak lagi menjadi punca ketagihan, menarik atau sedia ada, iaitu perkara sama perlu digunakan untuk vape,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mulai Ogos semua vape yang dijual di New Zealand perlu mempunyai bateri boleh tanggal atau boleh diganti, mengekang bekalan jenis pakai buang padat yang digemari oleh golongan muda.
“Kita juga mahu vape berada sejauh mungkin daripada pemikiran dan jangkauan kanak-kanak dan golongan muda,” katanya.
Tambahnya, kedai baharu akan disyaratkan perlu berada sekurang-kurangnya 300 meter dari sekolah dan pusat tumpuan masyarakat, Marae atau ruang pertemuan untuk komuniti Maori. – REUTERS
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’
Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

- Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
- Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
- Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
- “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
- “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.
INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap Hussensab pada 25 November lalu.
Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.
“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.
Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah
“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.
“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.
Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS