Terkini
Menghukum pihak tidak sealiran fahaman cetus perpecahan,ancam keselamatan negara – JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.
- Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata tindakan mengeluarkan pandangan dan kenyataan bersifat menghukum pihak yang tidak sealiran fahaman serta ideologi dengan kumpulan masing-masing dikhuatiri boleh mencetuskan bibit perpecahan lebih serius dan mengancam keselamatan negara.
- “Selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, JAKIM amat khuatir dengan situasi ini.
- “Sayugia diingatkan bahawa negara ini mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara yang perlu dihormati oleh semua pihak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata tindakan mengeluarkan pandangan dan kenyataan bersifat menghukum pihak yang tidak sealiran fahaman serta ideologi dengan kumpulan masing-masing dikhuatiri boleh mencetuskan bibit perpecahan lebih serius dan mengancam keselamatan negara.
“Selaku Sekretariat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, JAKIM amat khuatir dengan situasi ini.
“Sayugia diingatkan bahawa negara ini mempunyai pihak yang berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara yang perlu dihormati oleh semua pihak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Justeru, Hakimah berkata, JAKIM menggesa semua pihak supaya dapat menjaga dan memelihara keharmonian hidup bermasyarakat yang berbilang kaum, agama dan ideologi dalam negara.
Katanya, ia penting supaya matlamat membina negara yang sejahtera dapat dicapai selaras prinsip Maqasid Syariah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum ini dilaporkan mendakwa pendekatan dilaksanakan pemimpin baharu PAS yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) sangat serius.
Katanya, pendekatan itu perlu dihentikan bagi mengelakkan keadaan tidak harmoni di negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Beliau juga menjelaskan pendekatan itu cukup berbeza dengan tindakan kepemimpinan terdahulu parti itu.
Sumber: Berita Harian