Connect with us

Terkini

Kos sara hidup tinggi, perancangan kewangan lemah punca ramai gagal bayar hutang

Kos sara hidup yang tinggi dan perancangan kewangan yang lemah merupakan antara punca utama rakyat di negara ini gagal membayar hutang atau mempunyai masalah hutang. 

Wartawan TMT

Published

on

Kos sara hidup tinggi, perancangan kewangan lemah punca ramai gagal bayar hutang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan data Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 38.9 peratus menyatakan masalah kos sara hidup tinggi manakala 36.0 peratus pula mempunyai perancangan kewangan yang lemah. 
  • “Dari segi umur yang paling banyak menghadapi masalah pembayaran hutang ini lingkungan 30 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 41 peratus atau 162,922 orang manakala berdasarkan status perkahwinan, 77.0 peratus yang berkahwin,” katanya ketika membuat kunjungan rasmi ke AKPK hari ini.
  • Ini berdasarkan data sehingga Februari 2023, melalui 420,000 peserta yang menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. 
  • Punca lain menyebabkan individu gagal atau mempunyai masalah membayar hutang ialah kegagalan atau kelembapan perniagaan (11.0 peratus), kehilangan kerja atau dibuang kerja dan kematian pencari nafkah (8.8 peratus), kos perubatan yang tinggi (4.9 peratus) dan lain-lain (0.4 peratus). 

KUALA LUMPUR – Kos sara hidup yang tinggi dan perancangan kewangan yang lemah merupakan antara punca utama rakyat di negara ini gagal membayar hutang atau mempunyai masalah hutang. 

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan data Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 38.9 peratus menyatakan masalah kos sara hidup tinggi manakala 36.0 peratus pula mempunyai perancangan kewangan yang lemah. 

“Dari segi umur yang paling banyak menghadapi masalah pembayaran hutang ini lingkungan 30 hingga 40 tahun iaitu sebanyak 41 peratus atau 162,922 orang manakala berdasarkan status perkahwinan, 77.0 peratus yang berkahwin,” katanya ketika membuat kunjungan rasmi ke AKPK hari ini.

Ini berdasarkan data sehingga Februari 2023, melalui 420,000 peserta yang menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK. 

Beliau menambah sejak 2014 hingga Mei 2023, seramai 31,140 individu daripada kumpulan belia didapati bankrap. 

Dari segi pendapatan tahunan pula, Ahmad berkata kira-kira satu pertiga yang mempunyai masalah adalah individu yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah (bulanan) atau kurang daripada RM24,000 setahun.

Punca lain yang menyebabkan individu gagal atau mempunyai masalah membayar hutang mereka ialah kegagalan atau kelembapan perniagaan (11.0 peratus), kehilangan kerja atau dibuang kerja dan kematian pencari nafkah (8.8 peratus), kos perubatan yang tinggi (4.9 peratus) dan lain-lain (0.4 peratus). 

Advertisement

“Masalah ini jika mereka tidak mendapatkan pandangan profesional, masalah itu akan terus merebak dan membesar.

“Jadi eloklah mengatur perjumpaan dengan AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat, bukan bila ada masalah itu merebak dan membesar, baru berjumpa dengan AKPK.

“Semua khidmat nasihat kewangan dan pengurusan kredit oleh AKPK adalah percuma. AKPK tidak melantik ejen atau pihak ketiga untuk mewakilinya dalam apa jua urusan,” kata Ahmad.

Selain itu, AKPK katanya juga menyelesaikan masalah kredit yang dihadapi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melibatkan sebanyak 1,400, dengan jumlah RM2.6 bilion, melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK). 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azadin Ngah Tasir berkata terdapat peningkatan dari segi jumlah individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Bagaimanapun, hanya sekitar 30 peratus yang menyertai Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK sementara selebihnya berjaya diselesaikan tanpa menyertai program AKPK. 

Advertisement

Sejak AKPK ditubuhkan pada 2006 sehingga Februari 2023, lebih 1.2 juta individu telah mendapatkan khidmat nasihat AKPK.

Daripada jumlah itu, dengan tempoh maksimum 10 tahun penyertaan dalam PPK, 420,000 individu yang mendaftar ke program tersebut menyaksikan sekitar RM2.5 bilion tunggakan hutang telah diselesaikan.

AKPK mempunyai 11 cawangan di seluruh negara dan semua akses kepada sumber dan perkhidmatan AKPK, termasuk Portal POWER! dan Pusat Sumber, boleh didapati melalui web AKPK di www.akpk.org.my. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending