Terkini
Konsert Coldplay tambah sehari di Singapura
Siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Singapura ditambah sehari pada 30 Januari depan.
- Siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Singapura ditambah sehari pada 30 Januari depan.
- Ini menjadikan siri jelajah konsert Coldplay di Singapura diadakan selama lima hari.
- “Pra-jualan untuk konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan kini habis dijual.“Disebabkan permintaan luar biasa, satu tarikh lagi ditambah di Stadium Nasional Singapura pada 30 Januari depan.
- “Tiket untuk tarikh baharu akan mula dijual esok pada jam 10 pagi waktu tempatan di ticketmaster.sg,” tulisnya di laman Instagram (IG) dan Twitter.
KUALA LUMPUR: Siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Singapura ditambah sehari pada 30 Januari depan.
Ini menjadikan siri jelajah konsert Coldplay di Singapura diadakan selama lima hari.
Pagi Isnin, Live Nation Singapore yang juga laman rasmi penjualan tiket yang dibuka sejak 10 pagi untuk pra-jualan, sesak apabila mencecah lebih sejuta pelayar.
Selepas lima jam, Live Nation Singapore mengumumkan tiket pra-jualan bagi konsert yang dijadualkan pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan itu licin, sambil memaklumkan penambahan sehari lagi.
“Pra-jualan untuk konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan kini habis dijual.“Disebabkan permintaan luar biasa, satu tarikh lagi ditambah di Stadium Nasional Singapura pada 30 Januari depan.
“Tiket untuk tarikh baharu akan mula dijual esok pada jam 10 pagi waktu tempatan di ticketmaster.sg,” tulisnya di laman Instagram (IG) dan Twitter.
Penambahan hari itu juga dikatakan berikutan lebih 200,000 tiket untuk persembahan empat hari habis dibeli dalam masa lima jam.
Coldplay mengumumkan mereka akan beraksi di Stadium Nasional Singapura pada 23, 24, 26 dan 27 Januari depan, minggu lalu.
Kali terakhir membuat persembahan di Singapura pada 2017, apabila mereka menggegarkan Stadium Nasional selama dua malam.
Ditubuhkan di London pada 1997, band ini sudah mengeluarkan rentetan hits selama bertahun-tahun, seperti Yellow, Viva la Vida, A Sky Full of Stars, dan Higher Power.
Pengumuman dibuat selepas jualan bagi siri jelajah konsert Malaysia dan Indonesia, mendapat sambutan luar biasa.
Pada 17 Mei lalu, 80,000 tiket konsert jelajah Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, yang dijadualkan pada 22 November ‘licin’ dalam masa tiga jam.
Disebabkan permintaan tinggi, peminat Coldplay juga membuat satu petisyen memohon kumpulan rock popular dari Britain itu menambah satu malam konsert di Malaysia.Namun, sehingga hari ini, belum ada apa-apa pengumuman mengenai penambahan konsert.
Sumber: Buletin TV3