Antarabangsa
Ibu bapa Muslim, Kristian di Calgary tolak pendidikan ideologi jantina di sekolah
Ratusan keluarga Muslim dan Kristian di Calgary di sini berhimpun menyuarakan protes di dewan bandar raya membantah pendidikan ideologi jantina di sekolah.
- Ratusan keluarga Muslim dan Kristian di Calgary, Kanada berhimpun menyuarakan protes di dewan bandar raya membantah pendidikan ideologi jantina di sekolah.
- Protes itu dikedepankan dengan laungan slogan, “Leave our kids alone,” (Henti ganggu anak-anak kami).
- Seorang lelaki dalam sebuah video di platform Twitter berkata, “Kami bangkit bersama sebagai warga Kanada, sebagai Muslim dan sebagai Kristian, melindungi anak-anak kami,” dengan seorang individu menambah “daripada itu,” merujuk kepada kumpulan LGBTQ di seberang jalan.
- Aktivis Queer dalam protes itu lebih kecil daripada jangkaan awal kerana pertubuhan haluan kiri itu dikatakan tidak mahu dilihat sebagai rasis terhadap orang Islam.
KANADA – Ratusan keluarga Muslim dan Kristian di Calgary di sini berhimpun menyuarakan protes di dewan bandar raya membantah pendidikan ideologi jantina di sekolah.
Protes itu dikedepankan dengan laungan slogan, “Leave our kids alone,” (Henti ganggu anak-anak kami).
Seorang lelaki dalam sebuah video di platform Twitter berkata, “Kami bangkit bersama sebagai warga Kanada, sebagai Muslim dan sebagai Kristian, melindungi anak-anak kami,” dengan seorang individu menambah “daripada itu,” merujuk kepada kumpulan LGBTQ di seberang jalan.
“Pihak di seberang sana (LGBTQ) boleh mempercayai dan membuat keputusan terhadap apa sahaja yang mereka mahu,” dia menyambung, “di dalam bilik tidur, di dalam rumah, tetapi tolong jangan dimasukkan atau dipromosikan dalam sistem pendidikan anak di sekolah serta dalam kehidupan kami,” kata individu itu dipetik The Post Milennial.
Keadaan sedikit tegang tetapi terkawal bila ada ibu bapa menyeberang jalan melaungkan slogan dengan jarak dekat menghampiri kumpulan lawan.
Ibu bapa turut hadir dengan papan tanda bertulis “Let kids be kids” (Biar kanak-kanak menjadi kanak-kanak), “Stop the insanity,” (Hentikan kegilaan ini) dan seorang kanak-kanak memegang plakad bertulis “Protect innocence, demand change” (Lindungi kanak-kanak, tuntut perubahan).
Aktivis Queer dalam protes itu lebih kecil daripada bilangan jangkaan awal kerana pertubuhan haluan kiri itu dikatakan tidak mahu dilihat sebagai rasis terhadap orang Islam.
Dua minggu lalu, Ibu bapa di Montgomery County, bangkit membantah dasar baharu sistem sekolah di Maryland, Amerika Syarikat (AS) dalam usaha beberapa pihak terus menerus mempromosi homoseksualiti kepada anak-anak mereka.
Sumber: The Post Milennial