Connect with us

Terkini

Bersatu sedia terima Tun M – Hamzah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia menerima dan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencari platform perjuangan untuk orang Melayu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bersatu sedia terima Tun M – Hamzah
Foto: Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
  • Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia menerima dan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencari platform perjuangan untuk orang Melayu.
  • Setiusaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kesediaan Dr Mahathir itu membuktikan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kini menjadi alternatif kepada UMNO.
  • “Alhamdulillah, kita terima semua sama ada ianya pemimpin daripada Pejuang mahupun bekas (pemimpin) UMNO.
  • “Semua itu adalah sesuatu yang kita impikan supaya orang sedar bahawa kita telah pun menjadi alternatif kepada perjuangan asal orang Melayu,” katanya kepada pemberita di Markas Pas Simpang Lima di sini malam semalam.
  • Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir mengakui beliau bersedia bekerjasama dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

SUNGAI BESAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia menerima dan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencari platform perjuangan untuk orang Melayu.

Setiusaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kesediaan Dr Mahathir itu membuktikan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) kini menjadi alternatif kepada UMNO.

“Alhamdulillah, kita terima semua sama ada ianya pemimpin daripada Pejuang mahupun bekas (pemimpin) UMNO.

“Semua itu adalah sesuatu yang kita impikan supaya orang sedar bahawa kita telah pun menjadi alternatif kepada perjuangan asal orang Melayu,” katanya kepada pemberita di Markas Pas Simpang Lima di sini malam semalam.

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir mengakui beliau bersedia bekerjasama dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Dr Mahathir berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

Ketika ditanya tentang perkembangan itu boleh mengoyahkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hamzah berkata, ia adalah mimpi ngeri kepada Presiden PKR itu sebelum menjadi kerajaan lagi.

“Sebab apa ini dia (Anwar) nak takut, dia memang sudah takut selama-lamanya,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *