Connect with us

Terkini

Bakar al-Quran perilaku berlandaskan kebencian, sokong ideologi ekstremis

Perbuatan membakar kitab suci Al-Quran adalah satu perilaku berlandaskan kebencian dan sikap rasis yang jelas menyokong ideologi ekstremis.

Wartawan TMT

Published

on

Bakar al-Quran perilaku berlandaskan kebencian, sokong ideologi ekstremis
Foto: Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
  • Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengecam dan menyifatkan perbuatan membakar kitab suci Al-Quran adalah satu perilaku berlandaskan kebencian dan sikap rasis yang jelas menyokong ideologi ekstremis.
  • Beliau menyokong penuh kenyataan Imam Besar Al Azhar dan Pengerusi Majlis Hukama’ Muslimin, Dr Ahmed Al Tayeb, yang mengecam keras perilaku biadab dua lelaki tersebut.
  • “Semua kerajaan, pemimpin keagamaan dan pertubuhan masyakat awam perlu bekerjasama dalam menggalakkan dialog berbilang kepercayaan. Mereka juga perlu menggembleng usaha membanteras Islamofobia serta mempromosikan sikap saling memahami dalam usaha mewujudkan keamanan beragama, demi memastikan semua pihak sentiasa menghormati antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya, Instagram, semalam. 

KUALA LUMPUR – Perbuatan membakar kitab suci Al-Quran adalah satu perilaku berlandaskan kebencian dan sikap rasis yang jelas menyokong ideologi ekstremis.

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, tindakan tegas pada kadar segera perlu diambil bagi memastikan provokasi seumpama itu dapat dihentikan.

Menurut beliau, kebebasan bersuara bukan tiket yang membolehkan mana-mana individu bertindak sewenang-wenangnya.

“Kami mengutuk keras tindakan membakar sebarang kitab suci, termasuk Al-Quran kerana kebebasan bersuara itu harus diseiringkan dengan rasa tanggungjawab.

“Ia termasuk menghormati kepercayaan dan sensitiviti pihak lain,” katanya.

Zulkifli menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan dua lelaki yang membakar Al-Quran di luar masjid utama di Stockholm, Sweden, kelmarin.

Foto: Tangkap layar hantaran di Instagram Dr Zulkifli yang mengulas insiden bakar al-Quran di Sweden.

Daily Mail melaporkan, perbuatan dua lelaki dengan seorang daripada mereka dikenali sebagai Salwan Momika itu turut disaksikan kira-kira 200 penduduk.

Sebelum membakar kitab suci tersebut, Salwan terlebih dahulu mengelap kasutnya menggunakan helaian Al-Quran yang telah dikoyak.

Lebih biadab, dia turut meletakkan hirisan daging babi pada kitab suci berkenaan.

Rakannya pula melaungkan kata-kata kesat yang mencaci agama Islam menggunakan pembesar suara.

Berang dengan kelakuan biadab itu, seorang lelaki yang menyaksikan perbuatan mereka cuba melempar batu bagi menghentikan perbuatan tersebut, tetapi dia ditahan polis tidak lama kemudian.

Segelintir penonton yang menyaksikan provokasi terbabit turut melaungkan kalimah suci ‘Allahuakbar’ sebagai tanda protes.

Dua minggu lalu, mahkamah rayuan di Sweden menolak larangan polis berhubung protes insiden membakar Al-Quran yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Zulkifli selaku Ahli Majlis Hukama’ Muslimin berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, beliau menyokong penuh kenyataan Imam Besar Al Azhar dan Pengerusi Majlis, Dr Ahmed Al Tayeb, yang mengecam keras perilaku biadab dua lelaki tersebut.

“Semua kerajaan, pemimpin keagamaan dan pertubuhan masyakat awam perlu bekerjasama dalam menggalakkan dialog berbilang kepercayaan.

“Mereka juga perlu menggembleng usaha membanteras Islamofobia serta mempromosikan sikap saling memahami dalam usaha mewujudkan keamanan beragama, demi memastikan semua pihak sentiasa menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, provokasi dilakukan Salwan dan rakannya itu adalah satu penghinaan kepada seluruh umat Islam, apatah lagi ia berlaku ketika penganut agama tersebut sedang merayakan Aidiladha.

Menurut beliau, perbuatan berkenaan jelas mencabuli prinsip saling menghormati dan memahami yang diterapkan di peringkat universal. 

Sumber: Getaran

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending