Antarabangsa
Arab Saudi lancar bas tanpa pemandu untuk jemaah haji
Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Saudi (TGA) bakal memperkenal bas tanpa pandu, bagi membantu jemaah haji pada musim haji tahun ini.

- Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Saudi (TGA) bakal memperkenal bas tanpa pandu, bagi membantu jemaah haji pada musim haji tahun ini.
- Bas itu sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang inovatif dan mesra alam untuk berjuta-juta jemaah yang dijangka menjalani ibadah haji di Tanah Suci.
- Bagi memastikan kenderaan itu beroperasi mengikut laluan yang ditetapkan, bas itu menggunakan kecerdasan buatan (AI), kamera dan sensor.
- Sistem bas itu akan mengumpul dan menganalisis data semasa transit, untuk membolehkan pihak pengendali membuat pembaharuan untuk meningkatkan pengalaman penumpang dan keselamatan.
- Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Saudi, setiap bas mempunyai 11 tempat duduk, boleh beroperasi selama 6 jam setiap cas, dan mempunyai kelajuan sehingga 30 kilometer sejam.
DUBAI: Pihak Berkuasa Am Pengangkutan Saudi (TGA) bakal memperkenal bas tanpa pandu, bagi membantu jemaah haji pada musim haji tahun ini.
Bas itu sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang inovatif dan mesra alam untuk berjuta-juta jemaah yang dijangka menjalani ibadah haji di Tanah Suci.
Bagi memastikan kenderaan itu beroperasi mengikut laluan yang ditetapkan, bas itu menggunakan kecerdasan buatan (AI), kamera dan sensor.
Sistem bas itu akan mengumpul dan menganalisis data semasa transit, untuk membolehkan pihak pengendali membuat pembaharuan untuk meningkatkan pengalaman penumpang dan keselamatan.
Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Saudi, setiap bas mempunyai 11 tempat duduk, boleh beroperasi selama 6 jam setiap cas, dan mempunyai kelajuan sehingga 30 kilometer sejam.
Langkah itu bertujuan melancarkan pergerakan jemaah haji dan menilai kebolehlaksanaan menggunakan teknologi terkini dalam ibadah haji.
Data dan cerapan yang dikumpul akan membantu menetapkan syarat untuk operasi komersial pada tahun-tahun akan datang.
Tahun ini, musim haji menyaksikan kemasukan jemaah yang ramai.
Kerajaan Saudi melalui Direktorat Umum Pasport melaporkan ketibaan kira-kira seramai 1.342 juta jemaah melalui jalan udara, darat dan laut.
Jumlah jemaah yang tiba dari luar negara melalui lapangan terbang mencapai kira-kira 1.280 juta, manakala sekitar 57,000 dan 4,600 masing-masing tiba melalui pelabuhan darat dan laut.
Untuk memastikan proses kemasukan jemaah haji lancar, Direktorat Am Pasport menggunakan peranti terkini dan melengkapkan platform mereka di pintu masuk antarabangsa dengan kakitangan terlatih yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas