Connect with us

Terkini

Penganggur kesal diskriminasi terhadap bangsa dan hijab masih wujud di Malaysia

Perkongsian dibuat pemilik akaun TikTok, @neeeesh12  seorang gadis berbangsa India yang mendakwa haknya dinafikan untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kedai minuman jenama popular apabila syarikat itu hanya menginginkan pekerja kaum Melayu turut disokong netizen yang melalui situasi sama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Penganggur kesal diskriminasi terhadap bangsa dan hijab masih wujud di Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Perkongsian dibuat pemilik akaun TikTok, @neeeesh12  seorang gadis berbangsa India yang mendakwa haknya dinafikan untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kedai minuman jenama popular apabila syarikat itu hanya menginginkan pekerja kaum Melayu turut disokong netizen yang melalui situasi sama.
  • Beberapa pengguna TikTok berkongsi pengalaman permohonan bekerja ditolak berikutan berhadapan tempat bekerja yang rasis dan mendiskriminasi calon pekerja ekoran berbeza kaum, bahasa dan agama.
  • Permohonan mereka ditolak hanya kerana berhijab di mana kononnya tawaran dibuat kepada mereka yang tidak berhijab atau ‘free hair’ sahaja.
  • Pengalaman lain dihadapi netizen ketika memohon pekerjaan di Malaysia adalah syarikat menetapkan calon pekerja perlu mahir atau boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Mandarin.
  • Ada juga syarikat secara terang-terangan hanya mahu mengambil pekerja dari bangsa tertentu khususnya Cina dan Melayu dalam ruang pengiklanan carian pekerja.

KUALA LUMPUR — Perkongsian dibuat pemilik akaun TikTok, @neeeesh12  seorang gadis berbangsa India yang mendakwa haknya dinafikan untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah kedai minuman jenama popular apabila syarikat itu hanya menginginkan pekerja kaum Melayu turut disokong netizen yang melalui situasi sama.

Beberapa pengguna TikTok berkongsi pengalaman permohonan bekerja ditolak berikutan berhadapan tempat bekerja yang rasis dan mendiskriminasi calon pekerja ekoran berbeza kaum, bahasa dan agama.

Permohonan mereka ditolak hanya kerana berhijab di mana kononnya tawaran dibuat kepada mereka yang tidak berhijab atau ‘free hair’ sahaja.

Insiden sedemikian menurut mereka sudah berulang-kali melanda wanita Muslim di sini di mana sebelum ini banyak aduan kedengaran membabitkan pekerja swasta terutama sektor perhotelan yang mendakwa mereka dilarang memakai hijab ketika bekerja.

“I had a similar situation when I used to wear a hijab. I was told they don’t accept staff wearing a hijab and was told if I wanted the job, hijab off,” kata pengguna TikTok @aisisaac di ruangan komen.

It happen to me too.. But she said ‘free hair only’. I really confused that time because other branches accept hijab girl,” kata pemilik akaun TikTok, @Bamb00Sky. 

Dalam pada itu, pengalaman lain dihadapi netizen ketika memohon pekerjaan di Malaysia adalah syarikat menetapkan calon pekerja perlu mahir atau boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Mandarin.

Syarat demikian disifatkan sebagai diskriminasi yang terpaksa dihadapi golongan memerlukan pekerjaan.

Chinese or Mandarin speaker only brings the same vibe. Terang-terang dekat iklan and no one take action pun. We seems united but we actually don’t,” kata pengguna TikTok, @AvrillAdel di ruangan komen sama.

Menurut netizen, ada juga syarikat secara terang-terangan hanya mahu mengambil pekerja dari bangsa tertentu khususnya Cina dan Melayu dalam ruang pengiklanan carian pekerja.— The Merdeka Times

Sumber: TikTok @neeeesh12, Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *