Antarabangsa
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Erdogan atas kemenangan pilihan raya
Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas beliau memenangi pemilihan semula dalam pusingan kedua bersejarah yang menjadi cabaran terbesar kepada 20 tahun tokoh pemimpin itu berkuasa.
- Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas beliau memenangi pemilihan semula dalam pusingan kedua bersejarah yang menjadi cabaran terbesar kepada 20 tahun tokoh pemimpin itu berkuasa.
- Erdogan memenangi jawatan Presiden Turkiye dengan memperoleh 52.14 peratus undi, kata ketua Majlis Pilihan Raya Tertinggi, Ahmet Yener, dalam keputusan rasmi pada Ahad.
- Dengan 99.43 peratus peti undi dibuka, saingan Erdogan, Kemal Kilicdaroglu menerima 47.86 peratus undi, kata Ahmet.
- Antara pemimpin dunia yang menyampaikan ucapan tahniah adalah Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan selepas beliau memenangi pemilihan semula dalam pusingan kedua bersejarah yang menjadi cabaran terbesar kepada 20 tahun tokoh pemimpin itu berkuasa.
Menurut laporan Al Jazeera, Erdogan memenangi jawatan Presiden Turkiye dengan memperoleh 52.14 peratus undi, kata ketua Majlis Pilihan Raya Tertinggi, Ahmet Yener dalam keputusan rasmi pada Ahad.
Dengan 99.43 peratus peti undi dibuka, saingan Erdogan, Kemal Kilicdaroglu menerima 47.86 peratus undi, kata Ahmet.
Dengan jurang lebih dua juta undi antara calon, selebihnya undi yang tidak dikira tidak akan mengubah keputusan.
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan diplomat tertinggi Antony Blinken menghantar ucapan tahniah kepada Erdogan atas kemenangannya.
“Saya berharap untuk terus bekerjasama sebagai Sekutu NATO dalam isu dua hala dan berkongsi cabaran global.
“Saya mengharapkan kerja berterusan kita bersama-sama dengan kerajaan yang dipilih oleh rakyat Turkiye,” kata Biden dalam satu kenyataannya di Twitter.
Anthony juga memuji kadar keluar rakyat mengundi yang tinggi pada Ahad dan “tradisi demokrasi yang lama” di negara itu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata kemenangan Erdogan adalah bukti rakyat Turkiye menghargai “kerja tidak mementingkan diri” dan dasar luar bebasnya.
“Kemenangan pilihan raya adalah hasil semula jadi daripada kerja tanpa pamrih Erdogan sebagai ketua Republik Turkiye, bukti jelas sokongan rakyat Turkiye terhadap usaha Erdogan mengukuhkan kedaulatan negara dan menjalankan dasar luar yang bebas.
“Kami amat menghargai sumbangan peribadi anda kepada pengukuhan hubungan mesra Rusia-Turkiye dan kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang,” kata Putin dalam satu mesej kepada Erdogan.
Sumber: Al Jazeera