Connect with us

Antarabangsa

Diboikot jual produk LGBTQ, Target umpama ‘meludah ke muka’ pelanggan

Peruncit barangan am, Target umpama “meludah ke muka” pelanggannya dengan mengeluarkan koleksi “PRIDE”, barisan produk mesra LGBTQ menampilkan pakaian renang dan pakaian “tuck-friendly” (pakaian renang wanita yang diubah untuk dipakai lelaki) dengan mesej pro-gay ke atas kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Diboikot jual produk LGBTQ, Target umpama ‘meludah ke muka’ pelanggan
Foto: Calon presiden Parti Republikan, Vivek Ramaswamy.
  • Calon presiden dari Parti Republikan, Vivek Ramaswamy menyelar Target, mendakwa peruncit barangan am di Amerika Syarikat (AS) itu umpama “meludah ke muka” pelanggannya dengan mengeluarkan koleksi ‘PRIDE’.
  • Barisan produk mesra LGBTQ itu menampilkan pakaian renang dan pakaian “tuck-friendly” (pakaian renang wanita yang diubah untuk dipakai lelaki) dengan mesej pro-gay ke atas kanak-kanak.
  • Sut itu menawarkan fabrik tambahan di bahagian kelangkang, membolehkan lelaki yang belum menjalani pembedahan ubah jantina (buang kemaluan) menyembunyikan bahagian sulit mereka.
  • Pakaian lain yang direka bagi koleksi Pride untuk kanak-kanak, termasuk baju-T tertera “Pride Adult Drag Queen ‘Katya,’” “Trans people will always exist!” dan “Girls Gays Theys.”
  • Target melaporkan kerugian USD9 billion dalam nilai pasaran sejak kontroversi koleksi Pridenya meletus, namun ia menafikan kerugian itu disebabkan boikot ke atas koleksi produk kelompok songsang, LGBTQ.

Peruncit barangan am, Target umpama “meludah ke muka” pelanggannya dengan mengeluarkan koleksi “PRIDE”, barisan produk mesra LGBTQ menampilkan pakaian renang dan pakaian “tuck-friendly” (pakaian renang wanita yang diubah untuk dipakai lelaki) dengan mesej pro-gay ke atas kanak-kanak.

Demikian menurut calon presiden dari Parti Republikan, Vivek Ramaswamy yang menyelar tindakan Target mengeluarkan produk menyokong kelompok songsang itu di Amerika Syarikat (AS).

Ramaswamy memberitahu Fox News bahawa Target – yang melaporkan kerugian USD9 billion dalam nilai pasaran sejak kontroversi koleksi Pridenya meletus – menyatakan kerugian itu bukan disebabkan boikot.

“Itu bukan boikot, itu hanya tindak balas kepada syarikat yang memilih untuk meludah ke muka mereka (pengguna). Saya tidak meragui banyak syarikat mendapati ‘woke’ sebagai satu helah jangka pendek yang baik,” katanya pada Rabu lalu.

Ramaswamy berkata “jika sesebuah syarikat membuat keputusan perniagaan dengan mengabaikan sebahagian besar pelanggan yang lebih penting, maka ia satu permainan yang adil bila terdapat pelanggan bertindak balas sedemikian”.

Perlakuan woke peruncit Target yang dirujuk calon presiden dari Republikan itu datang dalam bentuk pakaian renang wanita “tuck-friendly”.

Sut itu menawarkan fabrik tambahan di bahagian kelangkang, membolehkan lelaki yang belum menjalani pembedahan ubah jantina (buang kemaluan) menyembunyikan bahagian sulit mereka.

Pakaian lain yang direka bagi koleksi Pride untuk kanak-kanak, termasuk baju-T tertera “Pride Adult Drag Queen ‘Katya,’” “Trans people will always exist!” dan “Girls Gays Theys.”

Minggu lalu, sebelum bermulanya kes pertikaian pakaian LGBTQ, pasaran saham Target ditutup pada USD160.96 sesaham, memberikan nilai syarikat rantaian runcit gergasi itu, permodalan pasaran saham sebanyak.USD74.3 billion.

Setakat dagangan tengah hari Khamis lalu, saham syarikat itu turun 2.7 peratus pada USD139.24 — menampakkan kejatuhannya selama seminggu yang mengecilkan nilai Target kepada USD 64.25 billion.

Sumber: NY POST

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending