Connect with us

Terkini

Ancaman Islamofobia, pendakwah perlu lebih aktif

Serangan islamofobia dan tekanan ke atas kepentingan Islam berterusan memerlukan pendakwah serta tokoh ilmuwan bersatu hati dan memainkan peranan utama menangani isu ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ancaman Islamofobia, pendakwah perlu lebih aktif
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah.
  • Serangan islamofobia dan tekanan ke atas kepentingan Islam berterusan memerlukan pendakwah serta tokoh ilmuwan bersatu hati dan memainkan peranan menangani isu ini.
  • Berikutan itu Persidangan Antarabangsa Terengganu atau Terengganu International Summit (TIS) 2023 yang turut dihadiri pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik bakal diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam pada 1 Jun ini.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, penganjuran pertama kali itu turut mendapat kerjasama Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Yayasan Permata Ummah serta Menteri Besar Incorporated (MBI).
  • “Bertemakan ‘Kesyumulan Islam dalam Mendepani Cabaran Global’,TIS 2023 akan menghimpunkan para sarjana, pakar dan pembuat dasar bagi membincangkan isu- isu kritikal berkaitan peranan Islam dalam masyarakat majmuk kontemporari, politik dan kesatuan ummah, serta meneroka penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi oleh umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Kuala Lumpur: Serangan islamofobia dan tekanan ke atas kepentingan Islam berterusan memerlukan pendakwah serta tokoh ilmuwan bersatu hati dan memainkan peranan utama menangani isu ini.

Berikutan itu Persidangan Antarabangsa Terengganu atau Terengganu International Summit (TIS) 2023 yang turut dihadiri pendakwah terkemuka, Dr Zakir Naik bakal diadakan di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam pada 1 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, penganjuran pertama kali itu turut mendapat kerjasama Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Yayasan Permata Ummah serta Menteri Besar Incorporated (MBI).

“Bertemakan ‘Kesyumulan Islam dalam Mendepani Cabaran Global’,TIS 2023 akan menghimpunkan para sarjana, pakar dan pembuat dasar bagi membincangkan isu- isu kritikal berkaitan peranan Islam dalam masyarakat majmuk kontemporari, politik dan kesatuan ummah, serta meneroka penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi oleh umat Islam.

“Ia juga akan menampilkan tokoh-tokoh ilmuan, ahli politik dan pendakwah Islam antaranya Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Malaysia), Dr. Zakir Abdul Karim Naik (India), Dr. Muhammad Hidayat Nur Wahid (Indonesia) dan Prof. Dr. Abdel Rahim Ali Mohammed Ibrahim (Sudan) selain Tan Sri Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan ucaptama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Nor berkata, persidangan kali ini dilihat amat relevan bagi membincangkan perkara berkaitan Ta’ayush dalam Masyarakat Majmuk Kontemporari, Uslub Dakwah dalam Masyarakat Majmuk Kontempori serta Politik Islam dan Perpaduan Ummah dan lain-lain lagi.

“Perlu difahami bahawa Islam adalah agama rahmatan lil’alamin. Berteraskan asas akhlak, kesatuan ummah, kedamaian dan progresif, Islam berkembang ke seluruh pelusuk alam.

“Kedudukan Islam yang merentasi pelbagai bangsa dan budaya menyebabkan ia menjadi agama yang sarat dengan nilai bahkan penerimaan Islam terhadap nilai tempatan sebagai sebahagian cara hidup, selagi menepati akidah menjadikan Islam agama amat ‘comprehensive’,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *