Connect with us

Terkini

PM digesa luluskan pengeluaran kecemasan akaun satu KWSP – PGIRM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya cakna dengan masalah dihadapi pencarum dengan meluluskan pengeluaran kecemasan dan akaun satu dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM digesa luluskan pengeluaran kecemasan akaun satu KWSP - PGIRM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya cakna dengan masalah dihadapi pencarum dengan meluluskan pengeluaran kecemasan dan akaun satu dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.
  • Desakan itu dibuat untuk membantu pencarum yang terdesak dan tertekan selain memerlukan wang demi kelangsungan hidup. – Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir 
  • Menurutnya, ia berikutan ada antara mereka mempunyai pendapatan tidak stabil, sukar mendapat pekerjaan kerana faktor usia dan kesihatan, hutang tertunggak, menerima notis sitaan lelongan rumah, kereta ditarik, muflis selain diminta mengosongkan rumah sewa.
  • “Jadi, permudahkanlah urusan perjalanan hidup pencarum dan jangan bebankan mereka dengan tawaran pinjaman di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya cakna dengan masalah dihadapi pencarum dengan meluluskan pengeluaran kecemasan dan akaun satu dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) mereka.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir berkata, desakan itu dibuat untuk membantu pencarum yang terdesak dan tertekan selain memerlukan wang demi kelangsungan hidup.

Menurutnya, ia berikutan ada antara mereka mempunyai pendapatan tidak stabil, sukar mendapat pekerjaan kerana faktor usia dan kesihatan, hutang tertunggak, menerima notis sitaan lelongan rumah, kereta ditarik, muflis selain diminta mengosongkan rumah sewa.

“Ada juga pencarum yang menerima bermacam-macam ugutan daripada Along, tidak dapat bantuan kerajaan dan bekalan makanan semakin berkurang hingga terpaksa catu makan sekali sehari.

“Jadi, permudahkanlah urusan perjalanan hidup pencarum dan jangan bebankan mereka dengan tawaran pinjaman di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP.

“Ini kerana majoritinya tiada lagi baki di dalam akaun 2 serta tidak layak memohon memandangkan nama mereka sudah disenarai hitam atau muflis sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azmi berharap kerajaan peka dengan isu semasa dan memenuhi tuntutan itu dengan segera kerana pencarum seluruh negara membantah sekeras-kerasnya FSA2.

“Mohon Perdana Menteri luluskan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar daripada akaun satu secara ‘one off’ tanpa syarat dengan kadar segera,” katanya.

Sebelum ini, KWSP mengumumkan kemudahan FSA2 bagi ahli yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing.

FSA2 dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sumber: Harian Metro

Author