Terkini
Lebih pendapatan negara dijana dengan menaikkan cukai rokok berbanding cukai vape
RM600 juta yang akan dikutip kerajaan hasil cukai vape seperti diuar-uarkan pihak industri amatlah sedikit berbanding sekiranya dinaikkan cukai eksais ke atas rokok sedia ada tanpa perlu mengeluarkan nikotin dari akta racun negara.
- RM600 juta yang akan dikutip kerajaan hasil cukai vape seperti diuar-uarkan pihak industri amatlah sedikit berbanding sekiranya dinaikkan cukai eksais ke atas rokok sedia ada tanpa perlu mengeluarkan nikotin dari akta racun negara.
- Demikian kata Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Norashidah Mohamed Nor susulan pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), bermula 1 April lalu.
- Dr Norashidah berkata RM600 juta yang diuar-uarkan itu juga berkemungkinan kurang 40 peratus hingga 50 peratus berikutan pasaran vape yang tiada kawalan.
- Sekiranya cukai dikenakan ke atas industri rokok, kajian menunjukkan kerajaan boleh mengutip lebih kurang RM3 billion iaitu menyumbang 24 peratus kepada jumlah hasil cukai eksais berbanding hanya 4.8 peratus dari cukai vape.
KUALA LUMPUR — RM600 juta yang akan dikutip kerajaan hasil cukai vape seperti diuar-uarkan pihak industri amatlah sedikit berbanding sekiranya dinaikkan cukai eksais ke atas rokok sedia ada tanpa perlu mengeluarkan nikotin dari akta racun negara.
Demikian kata Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Norashidah Mohamed Nor susulan pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml), bermula 1 April lalu.
Dr Norashidah berkata RM600 juta yang diuar-uarkan itu juga berkemungkinan kurang 40 peratus hingga 50 peratus berikutan pasaran vape yang tiada kawalan.
Beliau khuatir sekiranya cita-cita kerajaan ingin mengutip ‘hasil’ tidak tercapai, sebaliknya menghadapi kos lebih tinggi membabitkan kos rawatan dan kos masalah sosial yang akan timbul, khususnya dari kalangan remaja dan kanak-kanak.
“Siapa yang akan kawal vape bernikotin, dah ada ke undang-undang atau kawal selia vape?Apa asasnya RM0.40 per ml nikotin? Ada ke kajian yang telah dijalankan?
“Sekiranya hasil cukai adalah “niat” kerajaan, naikkan cukai ke atas rokok yang akhir sekali dinaikkan pada tahun 2015. Dah 8 tahun, berapa billion kerajaan telah rugi,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin lalu.
Menurut Dr Norashidah, sekiranya cukai dikenakan ke atas industri rokok, kajian menunjukkan kerajaan boleh mengutip lebih kurang RM3 billion iaitu menyumbang 24 peratus kepada jumlah hasil cukai eksais berbanding hanya 4.8 peratus dari cukai vape.
“Industri rokok berjaya menghalang kerajaan menaikkan cukai ke atas rokok dengan menengahkan (mengetengahkan) isu rokok tidak sah, tetapi apabila mereka sendiri yang naikkan harga rokok, kenapa tak timbul isu rokok tak sah?” katanya.
Beliau turut mengingatkan pihak terkait agar tidak terpedaya dengan tipu helah sama ada daripada industri rokok mahupun vape dalam perkara ini sehingga menyebabkan kesihatan rakyat digadaikan. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Norashidah Mohamed Nor