Connect with us

Terkini

Insentif Kerjaya Madani 2023 dilancar

Kementerian Sumber Manusia hari ini melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 merangkumi Program Daya Kerjaya, Daya Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Program Bina Kerjaya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Insentif Kerjaya Madani 2023 dilancar
Foto: Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
  • Kementerian Sumber Manusia hari ini melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 merangkumi Program Daya Kerjaya, Daya Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Program Bina Kerjaya.
  • Menteri berkenaan V. Sivakumar berkata menerusi Program Daya Kerjaya, majikan yang mengambil pekerja dalam kalangan belia yang lama menganggur, Orang Asli, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan graduan TVET akan diberikan insentif kewangan.
  • Beliau berkata bagi Program Bina Kerjaya pula ia bertujuan memperkasakan pasaran buruh untuk meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah sektor tidak formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian antaranya Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf dengan kadar tanggungan bayaran latihan hingga RM4,000 dan elaun RM300 sebulan bagi tempoh maksimum untuk tiga bulan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia hari ini melancarkan Insentif Kerjaya Madani 2023 merangkumi Program Daya Kerjaya, Daya Kerjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Program Bina Kerjaya.

Menteri berkenaan V. Sivakumar berkata menerusi Program Daya Kerjaya, majikan yang mengambil pekerja dalam kalangan belia yang lama menganggur, Orang Asli, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan graduan TVET akan diberikan insentif kewangan.

“Insentif kewangan akan diberikan kepada majikan bagi permohonan yang dilakukan mulai 1 April 2023 bagi mana-mana pengambilan pekerja baharu mulai 1 Jan 2023. Jumlah insentif yang akan diperuntukkan ialah RM600 sebulan selama tempoh tiga bulan,” katanya pada majlis iftar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.

Beliau berkata bagi Program Bina Kerjaya pula ia bertujuan memperkasakan pasaran buruh untuk meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah sektor tidak formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian antaranya Recognition of Prior Experiental Learning (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf dengan kadar tanggungan bayaran latihan hingga RM4,000 dan elaun RM300 sebulan bagi tempoh maksimum untuk tiga bulan.

Sivakumar berkata dalam menjayakan kedua-dua program itu, kementerian menerusi Perkeso akan mengadakan kempen bagi menggalakkan majikan supaya memberi perhatian dan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam pengambilan pekerja baharu.

Beliau berkata kementerian juga akan memberi fokus kepada pembangunan Pusat Satelit MYFutureJobs di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara bagi membolehkan majikan dan pencari kerja mendapat kemudahan akses pekerjaan dengan lebih cepat dan mudah.

Dalam pada itu, Mustapha dalam ucapannya berkata menerusi Program Daya Kerjaya TVET atau Program Transisi Pekerjaan pula menyasarkan 17,000 permohonan dalam kalangan perantis TVET dan lepasan sekolah yang menganggur sekurang-kurangnya 30 hari untuk menjalani Program Peningkatan Kemahiran dengan pembiayaan bayaran latihan hingga RM4,000.

Sementara itu, kira-kira 90 anak yatim dan 40 ibu tunggal diraikan dalam majlis berkenaan, selain Perkeso turut menyampaikan bayaran faedah berjumlah lebih RM174,000 kepada 11 penerima faedah skim Perkeso.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *