Terkini
Bantuan e-Wallet RM200 buat semua mahasiswa di Malaysia
Kerajaan akan memperluaskan bantuan e-Wallet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini.
- Kerajaan akan memperluaskan bantuan e-Wallet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini supaya bantuan itu dapat dimanfaatkan golongan tersebut.
- Sebelum ini, isu tersebut dibangkitkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka selepas mendapati bajet 2023 yang dibentangkan Anwar sebelum ini dengan kategori penerima bantuan e-Wallet berjumlah RM200 kepada mereka berusia 18 hingga 20 tahun.
SHAH ALAM – Kerajaan akan memperluaskan bantuan e-Wallet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini supaya bantuan itu dapat dimanfaatkan golongan tersebut.
“Saya akan putuskan supaya e-Wallet boleh dimanfaatkan semua mahasiswa. Okay, puas hati,” katanya ringkas pada sesi dialog bersama mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.
Terdahulu, isu tersebut dibangkitkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka selepas mendapati bajet 2023 yang dibentangkan Anwar sebelum ini dengan kategori penerima bantuan e-Wallet berjumlah RM200 kepada mereka berusia 18 hingga 20 tahun.
Ini menyebabkan sebahagian umur mahasiswa tidak mendapat manfaat selain tidak boleh memohon bagi kategori bujang.
Sumber: Kosmo