Terkini
OPR dijangka kekal 2.75 peratus sepanjang tahun 2023
Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal sepanjang tahun ini, memandangkan inflasi semakin reda, demikian menurut Oxford Economics.
- Ahli Ekonomi Kanan, Alex Holmes, berkata Bank Negara Malaysia (BNM) terus menilai kesan kumulatif pelarasan OPR ketika mengekalkan kadar faedah pada 2.75 peratus dalam mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).
- “Tekanan harga semakin berkurang dengan inflasi susut kepada 3.7 peratus pada Januari daripada paras puncak 4.7 peratus pada Ogos 2022.
- “BNM sekali lagi menyatakan bahawa normalisasi selanjutnya akan dimaklumkan berdasarkan perkembangan berikutnya. Justeru, kami meragui syarat menyambung semula kenaikan kadar,” katanya dalam satu kenyataan.
KUALA LUMPUR: Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal sepanjang tahun ini, memandangkan inflasi semakin reda, demikian menurut Oxford Economics.
Ahli Ekonomi Kanannya, Alex Holmes, berkata Bank Negara Malaysia (BNM) terus menilai kesan kumulatif pelarasan OPR ketika mengekalkan kadar faedah pada 2.75 peratus dalam mesyuarat terbaharu Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).
“Tekanan harga semakin berkurang dengan inflasi susut kepada 3.7 peratus pada Januari daripada paras puncak 4.7 peratus pada Ogos 2022.
“BNM sekali lagi menyatakan bahawa normalisasi selanjutnya akan dimaklumkan berdasarkan perkembangan berikutnya. Justeru, kami meragui syarat menyambung semula kenaikan kadar,” katanya dalam satu kenyataan.
MPC semalam bertindak mengekalkan OPR pada 2.75 peratus yang seiring dengan jangkaan pasaran.
Menurut BNM, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi selepas menunjukkan prestasi yang kukuh pada tahun 2022, ekonomi negara dijangka menjadi sederhana pada tahun 2023 berikutan ekonomi global yang lebih perlahan.
Mengulas lanjut, Holmes berkata, unjuran inflasi kekal tertakluk tertakluk kepada sebarang perubahan kepada dasar domestik membabitkan subsidi.
“Garis dasar kami telah memasukkan beberapa rasionalisasi pengurangan bahan api tahun ini, yang pada pandangan kami tidak akan menghentikan penurunan inflasi kembali kepada sekitar 2.0 peratus menjelang separuh kedua 2023,” katanya.
Beliau menjelaskan, tinjauan ekonomi pula semakin lemah dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini didorong oleh penurunan mendadak dalam eksport dan kejatuhan ketara dalam perbelanjaan pengguna.
“Persekitaran luaran berkemungkinan menjadi lebih buruk sebelum kemnali menjadi lebih baik. Kami menjangkakan kemerosotan umum daripada permintaan rakan dagan apabila ekonomi global terjerumus ke dalam kemelesetan pada separuh pertama 2023.
“Pembukaan semula China tidak mungkin menjadi penyelamat memandangkan data perdagangan negara itu baru-baru ini menunjukkan import merosot, lebih 1.0 peratus masing-masing pada Januari dan Februari,” katanya.
Holmes berkata, dengan latar belakang perkembangan itu, permintaan domestik tidak mungkin akan kembali pulih selepas berakhir dengan lemah tahun lalu.
“Kemerosotan pendapatan eksport akan memberi kesan kepada pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan yang perlahan, yang menjejaskan penggunaan dan pelaburan perniagaan.
“Secara keseluruhan, kami melihat pertumbuhan perlahan kepada hanya 2.1 peratus tahun ini. Itu jauh di bawah konsensus 3.9 peratus dan sasaran kerajaan sebanyak 4.5 peratus,” katanya.
Sumber: Berita Harian