Terkini
Masjid tidak wajar dijadikan medan pencetus jurang sengketa – Sultan Selangor
Masjid tidak wajar dijadikan medan yang boleh mencetuskan jurang berikutan perbezaan pandangan serta dendam politik dan akhirnya menyebabkan persengketaan berpanjangan sesama umat Islam.

- Masjid perlu dijadikan asas dan medium utama masyarakat Islam untuk bersepakat tanpa mengira perbezaan pangkat, kedudukan, pandangan dan fahaman politik masing-masing. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
- “Masjid hendaklah menjadi tempat yang bebas dari sebarang elemen politik kepartian. Kuliah-kuliah agama yang dijalankan di masjid-masjid tidak sepatutnya dijadikan sebagai platform untuk menghina, mengumpat, memfitnah dan mencaci mana-mana pihak.
- “Jika perkara ini berlaku ia akan menyebabkan persengketaan berpanjangan dan akan merosakkan ikatan persaudaraan sesama umat Islam,” titah baginda dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor 2023-2025 di Istana Alam Shah, hari ini.
KLANG: Masjid tidak wajar dijadikan medan yang boleh mencetuskan jurang berikutan perbezaan pandangan serta dendam politik dan akhirnya menyebabkan persengketaan berpanjangan sesama umat Islam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, masjid perlu dijadikan asas dan medium utama masyarakat Islam untuk bersepakat tanpa mengira perbezaan pangkat, kedudukan, pandangan dan fahaman politik masing-masing.
Justeru, baginda menegaskan supaya orang politik dilarang daripada menjadikan masjid sebagai pentas ceramah politik dan hanya membenarkan individu yang mempunyai tauliah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk memberi ceramah dan tazkirah.
“Masjid hendaklah menjadi tempat yang bebas dari sebarang elemen politik kepartian. Kuliah-kuliah agama yang dijalankan di masjid-masjid tidak sepatutnya dijadikan sebagai platform untuk menghina, mengumpat, memfitnah dan mencaci mana-mana pihak.
“Jika perkara ini berlaku ia akan menyebabkan persengketaan berpanjangan dan akan merosakkan ikatan persaudaraan sesama umat Islam,” titah baginda dalam Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor 2023-2025 di Istana Alam Shah , hari ini.
Sultan Sharafuddin menambah, kawalan pemberian tauliah itu juga turut melibatkan kebenaran kepada penceramah luar negara yang hanya dibenar diadakan dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Diraja Sultan Sulaiman dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah.
Terdahulu, pembatalan kuliah daripada penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada Ahad lalu membangkitkan pelbagai reaksi selepas figura itu didakwa tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di Selangor.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pindaan 2016.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menyarankan nazir memperuntukkan sebahagian kewangan masjid untuk menyediakan kelengkapan teknologi maklumat untuk merekod dan memantau semua aktiviti ceramah.
“Ia turut memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah kerana setiap perjalanan ceramah boleh dibuat secara langsung atau atas talian yang boleh dikongsi oleh mereka yang tidak hadir dan lebih penting mudah untuk dipantau serta dirujuk semula apabila diperlukan,” ujarnya.
Sultan Selangor dalam istiadat tersebut, menyampaikan watikah kepada 1,256 penerima yang terdiri daripada 386 nazir dan 870 imam bagi 435 masjid-masjid pengurusan da daerah dan 96 bagi masjid pengurusan termasuk enam dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas