Connect with us

Terkini

Kerja susah, gaji rendah punca bukan Bumiputera kurang minat sertai ATM

Faktor kerja yang susah dan gaji rendah dikenal pasti punca komuniti bukan Bumiputera kurang berminat menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

kerja-susah-gaji-rendah-punca-bukan-bumiputera-kurang-minat-sertai-atm
Foto: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata setakat ini tidak sampai tiga peratus golongan bukan Bumiputera menyertainya kerana kurang minat dengan skop kerja badan keselamatan itu.
  • “Ini menjadi masalah perlu ditangani, tetapi seperti disebutkan tadi, kerja susah, gaji kurang lumayan, bertugas tidak tentu masa dan kadang-kadang tidak dapat bersama keluarga ketika perayaan antara punca mereka kurang berminat.”
  • “Ini kekangan dihadapi ATM dan Kementerian Pertahanan untuk menarik penyertaan anak Malaysia yang bukan daripada Bumiputera,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
  • “Tentera ada skim jangka pendek kerja 15 tahun dan apabila umur 40 tahun sudah berhenti, jadi ini masalahnya, malah banyak orang tidak mahu masuk tentera terutama bukan Bumiputera kerana tidak mahu bekerja yang kadang-kadang 24 jam sehari,” katanya.

KUALA LUMPUR: Faktor kerja yang susah dan gaji rendah dikenal pasti punca komuniti bukan Bumiputera kurang berminat menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata setakat ini tidak sampai tiga peratus golongan bukan Bumiputera menyertainya kerana kurang minat dengan skop kerja badan keselamatan itu.

“Ini menjadi masalah yang perlu ditangani, tetapi seperti disebutkan tadi, kerja susah, gaji kurang lumayan, bertugas tidak tentu masa dan kadang-kadang tidak dapat bersama keluarga ketika perayaan menjadi antara punca mengapa mereka kurang berminat.

“Ini kekangan dihadapi ATM dan Kementerian Pertahanan untuk menarik penyertaan anak Malaysia yang bukan daripada Bumiputera,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang ingin tahu usaha khusus dan berfokus Kementerian Pertahanan dalam menarik minat lebih ramai anak muda daripada kaum bukan Melayu menyertai ATM.

Sementara itu, Mohamad berkata, tiada kuota ditetapkan bagi pengambilan anggota ATM dan ia mengikut kepada penyelarasan dengan jumlah anggota yang tamat perkhidmatan seperti bersara awal atau wajib.

Bagaimanapun, katanya, ketika ini 3,000 perjawatan ATM tidak dapat dipenuhi susulan pandemik COVID-19 serta kekangan tempat latihan sedia ada.

“ATM sentiasa mengiklankan pengambilan (anggota ATM) setiap tahun dan sebelum COVID-19, kira-kira 6,500 hingga lebih 7,000 orang diambil untuk mengisi kekosongan menggantikan kakitangan yang bersara.

“Tentera ada skim jangka pendek kerja 15 tahun dan apabila umur 40 tahun sudah berhenti, jadi ini masalahnya, malah banyak orang tidak mahu masuk tentera terutama bukan Bumiputera kerana tidak mahu bekerja yang kadang-kadang 24 jam sehari,” katanya.

Mohamad menjawab soalan asal dikemukakan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai cadangan kementerian itu untuk menambah bilangan anggota ATM untuk menampung keperluan pekerjaan anak muda.

Sumber: Berita Harian

Author