Connect with us

Terkini

Isu gereja: Wakil rakyat muslim tidak wajar dedah umat Islam kepada perkara yang dijauhi Rasullullah SAW

Seorang wakil rakyat yang beragama Islam seharusnya jelas terhadap saranan yang diberikan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan umat Islam kepada perkara yang pernah dijauhi oleh Nabi Muhammad SAW.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Isu gereja: Wakil rakyat muslim tidak wajar dedah umat Islam kepada perkara yang dijauhi Rasullullah SAW
Foto: Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi (kiri), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kanan).
  • Perbuatan menziarahi ke rumah ibadat agama lain adalah dilarang oleh Nabi Muhammad SAW.
  • Seorang wakil rakyat yang beragama Islam seharusnya jelas terhadap saranan yang diberikan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan umat Islam kepada perkara yang pernah dijauhi oleh Nabi Muhammad SAW.
  • “Hanafi dan Syafi’i mengharamkan perbuatan tersebut dengan pertimbangan kewujudan gambar-gambar yang menyalahi akidah,” – Dr Ahmad Sanusi Azmi
  • Saidina Umar juga pernah menolak apabila beliau pernah dijemput untuk menunaikan solat di dalam gereja.
  • Harus masuk ke gereja jika membawa misi dakwah atau kumpulan yang datang menjalankan penyelidikan, namun bukan meredai kekufuran yang dipersembahkan.

KUALA LUMPUR – Seorang wakil rakyat yang beragama Islam seharusnya jelas terhadap saranan yang diberikan agar tidak sewenang-wenangnya mendedahkan umat Islam kepada perkara yang pernah dijauhi oleh Nabi Muhammad SAW.

Ini kerana perbuatan menziarahi ke rumah ibadat agama lain adalah dilarang oleh baginda Rasulullah SAW.

Peringatan itu dikeluarkan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran Facebook beliau baru-baru ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan kontroversi dibuat oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini.

“Dari aspek hukum, para ulama berbeza pandangan mengenai menziarahi rumah ibadah lain tanpa tujuan yang jelas. 

“Hanafi dan Syafi’i mengharamkan perbuatan tersebut dengan pertimbangan kewujudan gambar-gambar yang menyalahi akidah. Ini disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj dan Hasyiah Qalyubi,” katanya menerusi hantaran itu.

Manakala, ulama Hanbali memakruhkan tindakan tersebut merujuk kepada al-Fatawa al-Kubra tanpa sebarang keraguan.

Ahmad Sanusi berkata, Saidina Umar juga pernah menolak apabila beliau pernah dijemput untuk menunaikan solat di dalam gereja.

“Pun begitu sebahagian sarjana muslim mengharuskan masuk ke gereja atau rumah ibadah lain atas objektif yang jelas seperti membawa misi dakwah atau kumpulan yang datang menjalankan penyelidikan, bukan meredai kekufuran yang dipersembahkan,” katanya. 

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati umat Islam agar menghindarkan diri dari terdedah kepada rumah ibadat agama lain.

Wan Salim berkata kepada The Merdeka Times minggu lalu bahawa tindakan tersebut boleh mendatangkan dosa atau menjejaskan iman umat Islam.

Tambahan lagi, jika seorang Muslim yang ingin memasuki gereja itu kurang mantap keimanannya kepada agama Islam. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Author